Kenapa Kanak-Kanak Memerlukan Child Restraint System (CRS)?

Kemalangan yang melibatkan kenderaan merupakan punca utama kadar kematian kanak-kanak di kalangan umur 0-14 tahun mengikut data daripada Jabatan Statistik Malaysia. Menurut statistik tahunan PDRM yang dikeluarkan pada tahun 2017, sebanyak 449 kes kemalangan dicatatkan melibatkan kanak-kanak yang berusia 0-10 tahun.

Terdapat 3 sebab utama kanak-kanak perlu menggunakan CRS:

  1. Tali pinggang keledar kereta direka untuk orang dewasa bukan kanak-kanak. Kanak-kanak terlalu kecil untuk meletakkan tali pinggang meliputi seluruh badan. Ia akan menyilang di leher dan menyebabkan kecederaan yang serius apabila tali pinggang terkunci ketika kemalangan.
  2. Struktur anatomi bayi. Kepala bayi mewakili 25% komposisi badannya. Manakala tengkorak dan tulang bayi masih lembut dan dalam proses pembentukkan. Apabila berlaku kemalangan risiko untuk mengalami kecederaan amat tinggi. Penggunaan CRS dengan tali pinggang keledar 5 penjuru akan memegang bayi dan menyebarkan daya hentakan ke seluruh badan bayi dan mengurangkan risiko kecederaan.
  3. Prinsip momentum adalah kuasa yang dimiliki oleh objek bergerak seperti kereta bergerak. Kemalangan pada kelajuan 40km sejam, pemumpang yang tidak terikat akan mempunyai daya 30-40 kali berat badan. Ini bermakna sekiranya bayi anda seberat 3kg, beratnya akan menjadi 90kg dan pastinya tidak mampu dipegang oleh pelukan ibu ayah jika berlaku kemalangan. Inilah yang menyebabkan kes bayi tercampak keluat ketika kemalangan.

Bagi mengelakkan sebarang kebarangkalian kemalangan, pastikan anda telah memasang CRS khas untuk anak-anak anda dengan mengikut spefikasi yang sepatutnya.