Kenapa Perlu Berpantang?

Amalan berpantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu. Tempoh berpantang adalah selama 40-60 hari selepas bersalin. Berpantang sangat penting supaya kesihatan ibu selepas menjalani proses bersalin.

Antara amalan berpantang adalah seperti bertungku, memakai bengkung, urutan, mandian herba, memakan jamu dan minyak kelapa dara. Berpantang bertujuan untuk penyembuhan rahim para wanita. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan.

Kepentingan amalan berpantang adalah untuk:

  • Membantu menstabilkan emosi.
  • Mengurangkan tekanan perasaan selepas melahirkan bayi.
  • Membetulkan peredaran darah.
  • Mengelakkan angin meroyan dan postnatal depression.
  • Mengurangkan angin daripada badan.
  • Mengurangkan sakit kepala.
  • Melancarkan pengaliran susu badan.

Bagi masyarakat Melayu, berpantang merupakan amalan yang mesti dilakukan dan menjadi tradisi turun temurun selepas bersalin. Amalan berpantang ini adalah sebagai persediaan kepada tubuh badan para ibu supaya kekal sihat dan bertenaga.