Kenapa Perlu Bertungku Semasa Berpantang?

Bertungku merupakan amalan tradisional yang penting semasa berpantang lepas bersalin. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku. Amalan bertungku berfungsi untuk merawat tubuh badan dengan menggunakan suatu alat yang digunakan untuk memanaskan tubuh badan.

Dalam berpantang, tempoh yang diperlukan untuk bertungku adalah selama 45 minit pada waktu pagi dan waktu petang.

Antara kepentingan bertungku adalah seperti berikut:

  • Mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin.
  • Mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin.
  • Mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Membantu mengurangkan sakit otot
  • Membaik pulih sistem urat saraf.
  • Melegakan rasa lenguh badan dan sakit pinggang.
  • Membantu mengeluarkan darah nifas dan haid.
  • Mengurangkan sakit senggugut.
  • Mengeluarkan angin dalam badan.
  • Memecahkan lemak.
  • Mengelakkan buasir.
  • Menyegarkan badan.

Bahagian tubuh badan yang perlu difokuskan untuk betungku ialah pada bahagian peranakan selama 25 minit, seterusnya pada bahagian badan seperti dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat hendaklah dilakukan ketika ibu dalam keadaan berbaring selama 5 – 10 minit sahaja. Akhir sekali, pada bahagian betis, paha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki ini memerlukan masa antara 15 – 20 minit pada setiap bahagian.

Terdapat pelabagai jenis tungku yang dijual di pasaran. Namun, amalan bertungku ini sangat penting untuk para ibu semasa berpantang. Ianya memberi banyak manfaat untuk anda kekal sihat dan bertenaga selepas kelahiran si kecil anda. Seterusnya yang paling penting adalah dengan bertungku anda akan dapat mengembalikan bentuk badan anda yang asal.

Advertisement