‘Kesalahan’ Dalam Berdoa

Berdoalah jika kita memerlukan bantuan dari Allah SWT, meminta perlindungan dari Nya, berasa resah gelisah mahupun untuk melakukan aktiviti harian. Sesungguhnya Allah adalah maha mendengar dan dengan izin Nya doa kita akan dimakbulkan. Adab ketika berdoa antara kita dan Tuhan juga haruslah dipelihara, berikut merupakan kesalahan-kesalahan yang sering terjadi ketika berdoa.

  • Tidak khusyuk dan merendahkan diri ketika berdoa. Sebaliknya harus menyatakan kehendaknya dengan mendalam. Allah SWT berfirman “Berdoalah dengan Rabbmu dengan merendah diri dan suara yang lembut” (Al-A’raf:55).
  • Tidak yakin atau putus asa kerana merasakan doa tidak akan termakbul. Sikap ini menjadi penghalang untuk doa dimakbulkan, seharusnya yakin dan terus berdoa kepada Nya.
  • Doa akan ditangguhkan kepada mereka yang berlaku zalim, memutuskan silaturahim atau makan makanan haram
  • Zalim dalam berdoa sebagai contoh doa memohon bencana, ingin melakukan perkara mungkar atau mendoakan untuk keburukan orang lain.
  • Tidak sabar dan terlalu terburu-buru ketika berdoa. Seharusnya memuji-muji Allah SWT dan mengunakan kata-kata yang elok yang jelas permintaannya.

Allah berfirman:

“Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu” (Al-Mu’min:60)

'Kesalahan' Dalam Berdoa 1