Ketahui 6 Petua Mabuk Mengandung “Morning Sickness”

Pregnant woman with back pain

Mabuk mengandung adalah keadaan yang kerap dialami ibu hamil. Setiap individu mempunyai tempoh mabuk mengandung yang bebeza, ianya akan seringkali berlaku di dalam trimester pertama. Kebiasaanya berlaku pada waktu pagi dan akan hilang dengan sendirinya pada tengahari atau petang.

Tempoh mabuk mengandung ini biasanya bermula pada 6 minggu pertama kehamilan dan beransur-ansur pulih di antara tempoh 14-16 minggu. Tetapi anda akan mengalami pelbagai peringkat loya yang berterusan sehingga 20 minggu dan mungkin keseluruhan tempoh kehamilan bergantung kepada individu. Petua mabuk mengandung yang boleh anda ikuti:

  • Elakkan perut kosong

Perut yang kosong semasa tidur malam adalah satu satu punca loya dan ia juga akan mengakibatkan asid perut yang banyak. Anda haruslah sediakan buah, biskut atau roti di tepi katil bagi mengurangkan rasa lapar apabila bangun pada waktu pagi.

  • Makanan tambahan

Pengambilan makanan tambahan seperti vitamin adalah bagus untuk menambah khasiat pada badan dan kandungan. Anda hendaklah membuat kajian dan dapatkan dari jenama yang dipercayai.

Anda boleh cuba ambil Vitamin B6. Ianya terbukti jika anda mengamalkan pengambilan 50mg Vitamin B6 setiap hari akan dapat membantu mengurangkan peluang untuk mendapat mabuk hamil.

  • Minum air secukupnya

Anda perlu pastikan anda mengambil air secukupnya setiap hari sekurang-kurangnya 2 liter sehari bagi mengatasi mabuk hamil. Pengambilan air yang secukupnya adalah sangat penting terutamanya disebabkan cuaca di Malaysia yang panas dan bagi mengelakkan dehidrasi.  Kekurangan air dalam badan, akan menyebabkan lebih teruk mabuk hamil anda.

  • Elakkan makan makanan panas, sejuk dan tajam

Seperti durian, nanas, timun, jeruk dan kerang. Anda boleh makan makanan tersebut tetapi dengan kuantiti yang sedikit. Sebab-sebabnya anda boleh lihat di artikel ini

  • Minum Teh Halia

Halia mempunyai manfaat untuk memberikan kelegaan pada alahan mengandung. Dengan meminum teh halia, ianya bagus untuk membuang angin di dalam badan dan meningkatkan rasa lega dan kandungan didalam teh tersebut dapat membantu mengurangkan kesan mabuk hamil anda.

  • Makan buah-buahan

Buah-buahan mempuyai sumber nutrisi yang sihat untuk ibu hamil. Contohnya pisang kaya dengan vitamin & mineral yang bermanfaat. Terutama vitamin b dan juga ia kaya dengan tenaga bagi membantu menjaga keseimbangan elektrolit dalam tubuh, serta membantu kerja otot dan penghantaran sinyal saraf.

Selain itu, buah-buahan seperti mangga, epal dan buah-buahan yang dikeringkan juga bagus untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan bagi menambah zat besi dan magnesium yang baik.

Ketahui 6 Petua Mabuk Mengandung “Morning Sickness” 1