Ketahui 8 Makanan Untuk Mencegah Risiko Kanser

Dengan pengambilan makanan yang betul, ia boleh membantu anda melawan dan mencegah pelbagai jenis kanser yang berlaku disebabkan pembahagian sel yang tidak terkawal. Para saintis di seluruh dunia berusaha untuk mencari jalan untuk menghindari dan merawat kanser dan kebanyakan mereka bersetuju bahawa cara terbaik adalah dengan memakan makanan yang mengandungi antioksidan tinggi dan sifat antikanser .

Dalam artikel ini, terdapat senarai makanan terpilih yang dapat membantu mencegah risiko kanser:

  • Bawang putih

Bawang putih digunakan secara meluas dalam masakan. Kajian mendapati bahawa bawang putih dapat membantu menghalang kanser payudara. Ia dilakukan oleh metabolizin enzim yang membantu membatalkan tindakan karsinogen (agen penyebab kanser), membuang oksigen reaktif, dan menghalang pembahagian sel kanser. Anda hanya perlu makan 2-3 ulas bawang putih (saiz sederahana) sehari. Cara terbaik untuk memakannya adalah potong menjadi kepingan kecil, rehatkan selama 2 minit dan kemudian kunyah.

Ketahui 8 Makanan Untuk Mencegah Risiko Kanser 1
  • Lobak merah

Lobak merupakan agen antikanser yang kuat. Kajian mendapati terdapat kandungan karbohidrat beta-karoten di dalam lobak ini yang bersifat antioksidan bagi membantu meningkatkan fungsi imunisasi tubuh dan mencegah aknser. Anda boleh amalkan semangkuk lobak setiap hari dan cara yang terbaik untuk memakannya adalad secara mentah.

Ketahui 8 Makanan Untuk Mencegah Risiko Kanser 2
  • Buah betik

Kajian mendapati bahawa buah ini sangat bermanfaat untuk merawat kanser. Ia diperlihatkan mempunyai ciri-cir sel perlindungan, anti-radang dan antioksidan. Ekstrak daun betik juga dapat berfungsi sebagai mencegah kanser prostat. Anda hanya perlu makan semangkuk buah betik setiap hari dan cara terbaik untuk mengamalkannya adalah dengan membuat jus.

Ketahui 8 Makanan Untuk Mencegah Risiko Kanser 3
  • Buah-buah masam

Seperti limau, lemon, kiwi, anggur, limau nipis dan limau gedang kaya dengan vitamin C, dan mempunyai antioksidan yang kuat. Kajian mendapati bahawa ekstrak kulit limau boleh dijadikan ubat-ubatan yang berpotensi untuk merawat kanser prostat. Amalkan mengambil buah ini setiap hari sama ada makan begitu sahaja atau membuat jus.

Advertisement
Ketahui 8 Makanan Untuk Mencegah Risiko Kanser 4
  • Halia

Kajian mendapati ekstrak halia dapat mengurangkan keradangan dan membantu menggalakkan kematian sel kanser dan menyekat pertumbuhan tumor. Anda boleh amalkan setengah inci halia mentah setiap hari.

Ketahui 8 Makanan Untuk Mencegah Risiko Kanser 5
  • Buah epal

Buah ini mengandungi sebatian fenolik dan vitamin yang sangat berkesan terhadap pelbagai penyakit termasuklah kanser. Kandungan antioksidan dalam epal juga dapat membantu membunuh spesis oksigen reaktif dan mencegah kanser kolorektal. Cara terbaik untuk memakannya adalah amalkan satu epal setiap hari.

Ketahui 8 Makanan Untuk Mencegah Risiko Kanser 6
  • Jagung

Jagung dapat dijadikan sebagai sumber tenaga yang terbaik kerana ia kaya dengan karbohidrat. Jagung juga mempunyai ciri-ciri antioksidan, aiti-radang, anti-tumor dan anti-hipertensi yang membantu menghalang pertumbuhan dan perkembagan sel kanser. Anda boleh amalkan pengambilan jagung yang direbus setengah cawan sehari dan elakkan jagung yang dipanggang kerana ia akan menghasilkan sisa karbon karsinogen.

Ketahui 8 Makanan Untuk Mencegah Risiko Kanser 7
  • Kurma ajwa

Buah kurma didapati sangat aktif dalam melawan kanser hati. Kajian mendapati khasiat kurma juga dapat mengurangkan keradangan, meningkatkan imunisasi dan mencegah kanser hati. Amalkan memakan 6-7 biji sehari sama ada makan begitu sahaja atau tambahkan ke dalam mangkuk semasa sarapan pagi bersama salad atau bijirin.

Ketahui 8 Makanan Untuk Mencegah Risiko Kanser 8

Kesimpulannya, jangan membuat andaian sendiri tanpa menjalani pemeriksaan yang betul daripada dokter atau pakar. Amalkan pengambilan makanan yang sihat dan diet yang seimbang demi kesihatan anda. Semoga bermanfaat.