Ketahui Beberapa Komplikasi Selepas Bersalin

Penjagaan diri harus dititikberatkan ketika mengandung dan juga selepas bersalin. Ramai ibu kurang prihatin bahawa rawatan selepas bersalin amat penting dan jika ia tidak diambil peduli, ia boleh membahayakan diri sendiri.

  • Berlaku pendarahan

Perlu diperiksa urinya yang biasa dilakukan selepas sahaja bersalin sama ada telah dikeluarkan sepenuhnya atau masih berbaki di dalam, ini kerana jika ada yang tertinggal boleh mengakibatkan pendarahan. Selain itu pundi kencing juga perlu diperhatikan, jika penuh hendaklah ibu disuruh kencing.

  • Bengkak buah dada

Perkara ini boleh berlaku setelah tiga hingga empat hari bersalin kerana susu tidak mengalir dengan lancar. Susu yang bertakung di dalam buah dada boleh mengakibatkan bernanah. Bengkak bu t5ah dada atau demam susu boleh dielakkan dengan sentiasa menyusukan anak atau mengunakan pam susu.

  • Jangkitan salur kencing

Jangkitan ini mudah berlaku pada kaum ibu. Ia akan berasa sakit sewaktu membuang air kecil, sakit pinggang dan demam. Antibiotik dapat membantu menghilangkan jangkitan dan dinasihatkan memperbanyakkan minum air.

  • Buasir

Komplikasi yang agak kerap berlaku, akan tetapi rawatan seperti memasukkan ubat melalui dubur atau ubat sapu boleh membantu. Dinasihatkan juga banyak memakan sayur-sayuran dan buah-buahan supaya najis tidak menjadi keras.

Ketahui Beberapa Komplikasi Selepas Bersalin 1
Woman holding hand near toilet bowl – health problem concept
  • Saluran darah tersumbat

Komplikasi saluran darah boleh berlaku di kaki atau betis dan di dalam punggung. Ia dapat dikesan jika bahagian disebut berasa sakit jika digerakkan dan kebiasaannya berlaku sebelah sahaja. Segera memaklumkan kepada pakar kerana boleh membawa maut.

Advertisement