Ketahui Beberapa Minuman Sebagai Penganti Air Putih

Waterlemon and orange juice in drinking glass on table - Healthy food style

Kita dinasihatkan untuk minum 8 gelas air sehari sebagai langkah untuk mengelakkan dari pelbagai penyakit, lesu seharian dan mencegah dari sakit kepala. Sesetengah orang tidak mengemari air putih kerana rasa yang tawar walaupun sedar dengan kebaikan yang ditawarkan oleh itu lebih mengemari air berperisa atau air berkarbonat. Selain dari air putih terdapat juga air-air lain yang sedap dinikmati dan dapat memberi manfaat kepada tubuh badan kita.

  • Jus oren – Selain kebaikannya yang mempunyai vitamin, ia jugak mengandungi antioksidan yang mampu melindungi dari radang yang menyebabkan sakit jantung. Namun pastikan menikmati jus ini dengan kadar gula yang rendah atau tanpa gula.
  • Susu coklat – Segelas susu coklat mempunyai protein, karbohidrat yang mampu memulihkan tenaga seharian.
  • Teh Chamomile – Menikmti teh ini setiap hari boleh menghilangkan rasa cemas atau panik. Dapat juga membantu bagi mereka yang gelisah tidak dapat tidur malam
Ketahui Beberapa Minuman Sebagai Penganti Air Putih 1
  • Jus tomato – Dapat menurunkan risiko kanser kerana kaya dengan vitamin B dan likopin.
  • Jus kranberi – Ia dapat mencegah penyakit pada gusi dan jangkitan pundi kencing dengan menghalang bakteria dari merebak. Selain itu memberi keperluan vitamin sebanyak 39 peratus sehari dan meningkat kadar kolesterol baik.
Ketahui Beberapa Minuman Sebagai Penganti Air Putih 2