Ketahui Masalah Penyakit Kuning Pada Bayi

Masalah penyakit kuning sering berlaku kepada bayi. Dalam artikel ini terdapat beberapa info yang anda perlu tahu berkenaan apakah jenis penyakit kuning? Mengapakah perkara ini berlaku? Apakah tanda-tanda pentakit ini pada bayi? Dan tips yang boleh dilakukan bagi mengelakkan penyakit ini semasa hamil.

Untuk pengetahuan anda, terdapat dua jenis penyakit kuning pada bayi:

  1. “Physiologic jaundice” adalah keadaan bayi yang kelihatan kuning, biasanya berlaku pada bayi berumur tiga hari dan akan berakhir pada hari yang ke tujuh selepas dilahirkan dan ia tidak membahayakan serta akan sembuh tanpa memerlukan rawatan.
  2. “Pathologic jaundice” pula adalah keadaan kuning pada kulit bayi yang dapat dilihat seawal hari pertama dilahirkan dan keadaan ini lebih merbahaya serta memerlukan rawatan segera.

Mengapakah penyakit kuning bahaya pada bayi?

Di dalam hati bayi terdapat sejenis bahan yang dinamakan bilirubin yang berwarna kuning, terbentuk daripada pemecahan sel-sel darah merah di dalam badan dan apabila semakin banyak sel darah merah pecah molekul bilirubin akan bertambah.

Apabila paras bilirubin tinggi di dalam darah ia akan meninggalkan kesan seperti kerosakan kekal pada sel otak dan akan menyebabkan kerencatan serta perkembangan bayi akan menjadi tidak normal, bayi akan mengalami masalah pendengaran, kekejangan otot serta boleh membawa maut.

Apakah tanda-tanda pada bayi mengalami penyakit kuning?

Advertisement
  • Keadaan kulit bayi kelihatan kuning terutama di kawasan paha atau kaki.
  • Bayi tidak aktif, kurang menyusu atau kurang kencing (kurang enam kali sehari).
  • Bayi asyik merengek, menangis dengan suara nyaring.
  • Najis bayi kelihatan kelabu pucat (najis bayi biasanya berwarna kuning)
  • Bayi yang mendapat masalah kuning secara berterusan melebihi dua minggu perlu mendapat pemeriksaan segera kerana bayi mungkin mempunyai masalah berkaitan hati, kekurangan hormon tiroid, kecacatan otak jika lewat dirawat atau jangkitan kuman.

9 tips dilakukan semasa mengandung bagi menggelakkan penyakit kuning pada bayi:

  1. Amalkan minum susu kambing ketika mengandung. Susu kambing mempunyai banyak khasiat dan ia juga merupakan makanan sunnah Rasulullah SAW. Kesannya, ramai ibu hamil yang amalkan susu kambing, kebarangkalian bayi setelah lahir untuk mengalami penyakit kuning ini adaalah rendah.
  2. Elakkan makan makan jeruk semasa mengandung. Jeruk adalah kurang berkhasiat kerana mempunyai kandungan garam dan asid tinggi. Jika anda teringin memakannya, silakan tapi dengan kuantiti yang sedikit.
  3. Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin D seperti minyak hati ikan, ikan air masin, hasil tenusu, telur, ubi kentang dan tuna.
  4. Anda juga boleh amalkan memakan buah epal hijau, anggur dan buah delima. Buah-buahan ini bagus untuk perkembangan bayi dalam kandungan.
  5. Elakkan makan makanan laut yang gatal seperti udang, ketam dan kerang. Perkara ini bergantung juga jika anda adalah penggemar makanan laut, ambillah dalam kuantiti yang sedikit.
  6. Elakkan memakan mee segera. Untuk pengetahuan anda, mee segera mengandungi sodium yang  dan kandungan Monosodium Glutamate (MSG) yang sangat tidak baik untuk perkembangan otak bayi.
  7. Amalkan makanan sunnah Rasulullah SAW semasa hamil seperti buah delima, kurma, madu, kismis, minyak zaitun dan susu kambing. Bukan sahaja anda mendapat ganjaran pahala, malah khasiat dalam makanan ini adalah sangat baik untuk anda dan bayi.
  8. Elakkan minum air berkarbonat. Air berkarbonat mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Jadi minuman ini amatlah tidak sesuai untuk ibu yang sedang hamil.
  9. Ambil pengambilan vitamin tambahan semasa hamil supaya perkembangan bayi lebih sihat dan normal. Untuk pengetahuan anda, bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan atau premature mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti masalah kuning.

Keadah merawat penyakit kuning selepas bayi lahir:

  • Penyusuan ibu adalah sangat memainkan peranan yang penting. Susu mengandungi antibodi yang kuat untuk bayi. Susu ibu perlulah diberi secara kerap kepada bayi untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan agar paras bilirubin dapat dikurangkan dengan lebih cepat.
  • Elakkan daripada mencuba kaedah jemur bayi anda di bawah pancaran cahaya matahari. Seperti yang kita tahu, cuaca di malaysia adalah sangat panas. Oleh itu, tindakan mendedahkan bayi kepada cahaya matahari selepas jam 9 pagi hanya akan meningkatkan risiko kanser kulit kepada bayi. Kulit bayi yang baru lahir adalah sangat sensitif, jadi berjaga-jaga.

Semoga bermanfaat.