Khasiat Halia Untuk Kecantikan

Halia ataupun “Ginger” sudah digunakan secara meluas sejak dari zaman dahulu lagi kerana ia mempunyai pelbagai khasiat. Halia merupakan antara bahan terkenal yang sering digunakan di dalam masakan setiap hari.

Halia dapat mengekalkan peredaran darah normal serta memulihkan mabuk dalam perjalanan. Selain itu meningkatkan penyerapan dan dapat mengurangkan ketidakselesaan perut dan kesakitan dan keredangan.

1. Memerahkan bibir

Untuk merahkan bibir, ambil sehiris halia dan sapu pada bibir perlahan-lahan. Boleh dibuat secara santai sambil tengok tv. Memang akan ada rasa pedas-pedas sikit lepas sapu tu. Lepas dah hilang pedas tu, boleh sapu lagi. Halia ni function dia macam nak bagi peredaran darah lancar. Ada yang dah cuba petua ni dan memang berjaya merahkan bibir tau. Tak perlu lagi pakai lipstick sebab dah merah secara semulajadi.

2. Membuang angin dan toksin dalam badan

Ramai yang diluar sana tidak tahu bahawa khasiat utama halia ialah untuk buang angin dan toksin. Halia boleh dimasukkan dalam setiap masakan kita ataupun diletakkan dalam minuman. Jadikan amalan setiap hari pasti badan kita akan rasa lebih selesa dan ringan. Sebab tu antara makanan wajib wanita berpantang ialah halia, untuk membuang lebihan angin dalam badan setelah melalui proses mengandung dan bersalin.

Advertisement

 3. Melangsingkan tubuh badan

Kurus bukan sahaja untuk cantik sahaja tetapi juga untuk kesihatan. Anda boleh cuba mulakan dengan menhiris nipis halia, campur bersama madu dan segelas air suam dan juga sedikit perahan limau nipis. Jadikan amalan setiap hari, setiap pagi ketika perut kosong.

4. Menghilangkan bau badan

Ramai wanita yang alami masalah ni. Badan dah cantik, muka dah manis tetapi ada bau badan pulak. Bagi mengatasi masalah ni, anda boleh mulakan hari anda dengan mengamalkan minuman halia bersama teh setiap hari.

5. Menaikkan seri wajah

Bagi menaikkan seri wajah, anda hanya perlu mengetuk halia separuh hancur, rendamkan bersama sesudu madu dan air panas dalam 300ml. Selepas rendam, anda boleh nikmati air halia anda dan minum setiap pagi. Ini akan membantu melancarkan perjalanan darah dan membuatkan tubuh berasa panas sekaligus menaikkan seri wajah secara konsisten.

6. Bersihkan Kulit

Bagi mereka yang inginkan kulit yang bersih dan mulus, anda hanya perlu tumbuk sedikit halia, kemudian campurkan dengan tepung beras yang dikisar kering. Satukan bahan ini, dan bancuh sehingga pekat sehingga boleh dijadikan lulur. Sapukan pada keseluruhan wajah atau ia juga boleh disapu pada seluruh badan untuk kulit yang bersih dan mulus.

7. Meredakan tekanan atau stress

Halia boleh dijadikan minuman atau sebagai ramuan dalam masakan. Halia juga dikatakan dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan dalaman badan. Jika anda amalkan minum air halia dengan madu setiap hari pasti anda dapat merasai kelainan pada wajah dan juga tubuh anda akan berasa lebih segar. Sekaligus menyerlahkan kecantikan secara semulajadi.

Kesimpulannya, jika anda mulakan hari anda dengan megamalkan minuman air halia setiap hari anda akan merasai perubahan yang baik pada badan.