Khasiat Halia Yang Anda Perlu Tahu

Untuk pengetahuan anda, halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A,B dan C, lemak, asid organik, minyak meruap seperti zingeron, zinzerol, zingeberal, zingiberin, borneol, seniol dan feladren.

Dari sudut perubatan pula, halia digunakan di dalam bentuk minuman halia, halai kering, air rebusan halia atau pati halia. Halia bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Ubat-ubatan berasaskan halia pula dikatakan boleh mengawal dan merawat beberapa penyakit seperti berikut:

  • melegakan sakit kepala
  • membuang angin dalam badan
  • merawat sistem pencernaan bermasalah
  • sakit jantung
  • cirit birit
  • mengurangkan asma
  • melegakan sakit perut
  • reumatisme
  • melancarkan pengaliran darah
  • meredakan demam
  • mengurangkan sakit migrain
  • sakit gigi
  • sakit tulang
  • membunuh sel barah

Seperti yang anda dapat lihat, halia dapat merawat pelbagai penyakit. Carauntuk membuat air halia adalah sangat mudah iaitu anda hanya perlu mengetuk 1 inci halia, seterusnya ketuk hingga hancur atau kisar, kemudian masukkan air panas dan sedikit gula perang. Selamat menikmatinya dan semoga bermanfaat.