Kunci Kebahagian Seorang Muslim

Sebahagai seorang muslim, kehidupan di dunia ini tidak lari daripada dugaan atau cabaran hidup. Mahupun daripada orang sekeliling atau persekitaran anda. Kunci kebahagian anda bergantung kepada bagaimana anda mengatasi ujian tersebut.  

Kehidupan kita hanya bergantung kepada keredaan Allah swt. Dengan keberkatan daripada Allah swt, In Shaa Allah kehidupan kita akan tenang dan sentiasa dipermudahkan. Hanya Allah swt yang menilai setiap perbuatan dan amal kita, maka hiduplah untuk mencapai keredaan-Nya didunia dan akhirat.

Disini terdapat beberapa kunci kebahagian sebagai seorang muslim:

  • Jauhi perasaan benci kepada orang lain.
  • Tinggalkan larangan-Nya.
  • Bacalah ayat suci Al-Quran setiap hari.
  • Perbanyakkan sedekah walaupun nilainya tidak seberapa.
  • Hidup secara bersederhana.
  • Sentiasa bersyukur dengan nikmat kurnian Allah swt.
  • Sentiasa senyum, bak kata orang dulu senyum itu sedekah.
  • Berbuat baik dengan semua orang.
  • Jangan pernah berhenti berdoa kepada-Nya.
  • Cuma kawal emosi dalam menempuh dugaan hidup.
  • Sentiasa positif dalam semua perkara.

Akhir sekali, bahagia yang sebenar itu datang dari dalam diri anda sendiri. Jika anda berlumba-lumba untuk menunjukkan siapa di antara anda yang paling bahagia, maka itu adalah satu perbuatan yang kurang sihat. Kerana, bahagia itu perlu dicapai bersama-sama.