Langkah Untuk Dekati Menantu, Mertua Berlainan Bangsa

Perkahwinan campur sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat sekililing. Berlainan bangsa dan adat tidak menjadi penghalang untuk membina keluarga bahagia. Namun, perbezaan itu mampu menyebabkan berlaku perkara yang tidak diingini kerana tidak mempunyai persefahaman yang baik.

PENYELIDIKAN

Melakukan beberapa penyelidikan sebelum menerima ahli keluarga baru yang berlainan agama dan bangsa itu. Cukuplah tahu mengenai gaya hidup bangsa tersebut agar kita tidak terlalu terkejut apabila sudah hidup bersama. Minta bantuan dengan bertanyakan pendapat kepada kawan-kawan yang  berlainan bangsa untuk membantu. Inilah kebaikannya mempunyai kawan-kawan yang berbilang bangsa.

Langkah Untuk Dekati Menantu, Mertua Berlainan Bangsa 1
Close-up of loving couple holding hands while walking outdoor, Couple in love concept.

PEMERHATIAN

Melakukan permerhatian untuk mengenali mertua atau menantu anda. Bukan bermaksud untuk menjaga tepi kain, tetapi cukup hanya untuk lebih mengenalinya. Tidak perlu serabut diri anda dengan perbezaan yang ketara seperti bahan dan cara memasak beliau, sebaliknya belajar untuk menerima. Setelah itu, boleh berkongsi sesama sendiri untuk mengeratkan lagi hubungan.

PERBINCANGAN

Jika menghadapi lagi kesukaran untuk memahami mertua dan menantu, melakukan perbincangan sesame sendiri juga dapat membantu. Bukan tujuan untuk mencari kesalahan kedua-dua pihak, malah untuk memperbaiki dan menyelesaikan beberapa masalah jika timbul. Perbezaan budaya boleh mencetuskan masalah terutamanya yang melibatkan agama. Tolak ansur harup ditanam dalam diri masing dan belajar untuk menerima.

ELAK ISU SENSITIF

Sebagai mertua, haruslah bertindak matang dengan tidak memperbesarkan masalah sehingga mengecilkan hati menantu. Sebagai contoh dalam agama islam yang mewajibkan menutup aurat, beri ruang dan masa untuk mereka mengikut ajaran islam dengan tidak memaksa dan mempersoalkan agama sebelumnya. Bertindak secara orang dewasa yang ingin memimpin.