Manfaat Susu Ibu Kepada Bayi

Islam mengalakkan ibu-ibu untuk memberi susu badan selama 2 tahun. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi baru lahir kerana ia memberi peranan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bayi.

Apakah kandungan dalam susu ibu?

Ianya mengandungi protein, karbohidrat, vitamin, mineral dan lemak yang sangat sempurna. Selain itu, ia mampu membantu mengubah kuantiti keperluan dalam permakanan harian bayi. Antibodi yang membantu perlindungan tubuh bayi daripada jangkitan yang dapat mengurangkan risiko alergi secara tidak langsung menjadikan susu ibu ini susu paling berkualiti tinggi dan sangat bernilai.

Di dalam artikel ini, disenaraikan beberapa manfaat susu ibu kepada bayi:

  • Menguatkan sistem imunisasi bayi.

Kandungan susu ibu yang mempunyai pelbagai khasiat yang sangat baik untuk bayi membolehkan sistem imunisasi bayi kuat. Kajian mengatakan, susu ibu dapat mengurangkan penyakit kanser pada zaman kanak-kanaknya, kerana susu ibu mengandungi antibodi dan vaksin yang baik. Susu ibu dapat membantu bayi dalam pertumbuhan tisu saraf kerana kandungan lemak dan kolestrol dalam susu itu.

  • Mengurangkan risiko sakit jantung.

Kandungan kolestrol yang rendah dalam susu ibu dapat membantu si bayi apabila dia dewasa kelak. Tambahan pula, ianya juga dapat mengurangkan risiko sakit jantung kerana kadar degupan jantung bayi rendah.

Advertisement
  • Mengurangkan sakit sendi otot bayi.

Memberi susu ibu kepada bayi selama 2 tahun dapat mengurangkan sakit sendi atau otot bayi.

  • Membantu perkembangan otot dan penglihatan bayi.

Susu ibu membantu perkembangan otot bayi seperti pada bahagian muka, menjadi lebih baik. Susu ibu dapat mengurangkan penyakit tonsil pada tekak bayi. Susu ibu dapat mengurangkan jangkitan ‘cliché’ telinga dan mata kepada bayi. Penglihatan bayi juga lebih tajam dan dapat memberi fokus terhadap sesuatu objek dengan cepat.

  • Meningkatkan deria rasa pada lidah bayi.

Susu ibu yang paling disukai bayi ini mengandungi pelbagai rasa yang mana membuatkan si kecil boleh menerima pelbagai rasa makanan pejal kekal. Ianya sebagai permulaan untuk bayi. Susu pelbagai rasa ini lebih lazat berbanding susu formula yang hanya mempunyai satu rasa yang sama sahaja.

  • Sistem pernafasan bayi menjadi lebih baik.

Kelebihan paling utama menyusu bayi dengan susu ibu ialah dapat  mengurangkan selsema, pneumonia, nafas berbunyi dan jangkitan pernafasan.

  • Membantu sistem penghadaman bayi.

Kajian membuktikan bahawa susu ibu dapat mengurangkan cirit-birit. Tambahan pula, ianya juga dapat mengurangkan risiko alergi kepada makanan jika si ibu memberi susu ibu sekurang-kurangnya 6 bulan atau lebih tanpa susu formula. Selain itu juga dapat mengurangkan penyakit ulcerative colitis apabila anak anda dewasa kelak. Bayi anda juga akan kurang mengalami sembelit, kurang jangkitan pada salur kencing, dan mengelakkan bayi daripada terkena apendiks. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada cara pemakanan yang diberikan oleh si ibu juga.

  • Melindungi kulit bayi.

Susu ibu dapat membantu mengurangkan alahan kepada kulit bayi yang mana sesetengah mereka sangat sensitif terhadap habuk dan serangga, kulit bayi menjadi ruam atau ekzema.

Seperti yang anda dapat lihat, terdapat banyak manfaat susu ibu kepada bayi. Jadi, bagi para ibu yang kurang mempunyai susu ibu, anda usah khuatir kerana di pasaran terdapat pelbagai produk yang mampu meningkatkan susu ibu. Semoga bermanfaat.