Mendorong Keseimbangan Hormon dan Kesihatan Wanita

Rear view of a group of diverse woman friends walking together

Hormon adalah sistem kawalan utama dalam keseimbangan tubuh dan ia amat penting untuk menjaga kestabilan hormon agar fungsi tubuh tidak terganggu. Kadar hormon yang tidak sihat di dalam tubuh seseorang mampu meningkatkan risiko penyakit kanser atau penyakit serius yang lain:-

  • Makan lemak sihat dan sumber protein yang baik.

Hormon dipengaruhi oleh jumlah lemak dalam badan anda, jadi untuk menpengaruhi keeimbangan hormon di dalam badan adalah baik untuk mengambil lebih banyak lemak sihat. Kebiasaanya, makanan harian kita lebih banyak mengandungi lemak jahat. Cohtoh makanan yang mengandungi lemakbaik seperti avokado, salmon, kekacang, minyak zaiton, minyak kanola dan lain lagi. Sumber protein yang baik ialah ‘simple’ protein seperti ikan dan telur

  • Tidur yang cukup dan hindarkan diri daripada stress

Tidur yang cukup dapat membantu dalam memperbaiki sel yang rosak, meningkatkan tenaga, mengekalkan kesihatan tubuh dan menjaga keseimbangan hormon. Tidur yang tidak mencukupi boleh menganggu ‘circadian rhytm’ di mana ia mampu membuatkan tubuh anda menjadi stress dan menganggu keseimbangan hormon di dalam tubuh.

Mendorong Keseimbangan Hormon dan Kesihatan Wanita 1
Beautiful Young woman sleeping in bed
  • Lakukan senaman

Lakukan senaman yang baik dan sesuai mengikut keupayaan diri. Ia mampu memperkuat sistem endokrin yang mnegatur sistem hormon di dalam badan. Malah senaman juga bagus untuk membantu tidur lebih baik dan membantu mengurangkan stress

  • Jaga cara pemakanan

Kurangkan pengambilan gula secara berlebihan dan kurangkan pengambilan kafein dan minuman beralkohol. Pengambilan gula berlebihan akan menganggu insulin dalam badan dan boleh menyebabkan diabetes. Manakala, kafein berlebihan boleh menigkatkan hormon kortisol dalam badan dan menyebabkan anda sukar untuk tidur dan boleh membawa kepada stress. Alkohol juga terbukti menganggu fungsi hati dan pankreas.

  • Hindari bahan kimia berbahaya

Elakkan diri daripada menggunakan barangan plastik yang mempunyai bahan kimia yang tinggi, sebaliknya gunakan barangan BPA free. Bagi penggunaan kosmetik, hindari diri daripada bahan yang mengandungi paraben, propylene glycol dan banyak lagi. Ia tidak mustahil kerana sekarang terdapat banyak produk di pasaran yang sangat menitik berat dalam hal seperti ini.

Mendorong Keseimbangan Hormon dan Kesihatan Wanita 2
researching in laboratory