Mitos & Fakta Kehamilan

Apabila mengandung, ramai yang terpengaruh dengan kata-kata orang lama. Para ibu perlu tahu fakta dan mitos kehamilan kerana anda akan dengar pelbagai maklumat yang betul dan ada juga yang salah.

Mitos 1: Mabuk hamil hanya terjadi sepanjang trimester pertama.

Fakta 1: Bagi kebanyakan wanita, rasa loya dan mual berkurangan sekitar minggu ke 12-14. Namun, ramai juga yang menderita gejala ini sepanjang tempoh kehamilan mereka.

Mitos & Fakta Kehamilan 1

Mitos 2: Apabila anda hamil anda perlu makan dengan jumlah dua kali ganda.

Fakta 2: Walaupun sedang berbadan dua, ibu tidak perlu makan untuk 2 orang. Cukup sekadar tambahan 150-300 kalori setiap hari.

Mitos 3: Jika perut anda kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, makan anak dalam kandungan itu lelaki. Jika perut anda bulat, kemungkinan anda mendapat anak perempuan.

Advertisement

Fakta 3: Salah, bentuk perut anda ditentukan oleh otot uterus dan posisi anak.

Mitos & Fakta Kehamilan 2

Mitos 4: Jika anda bakal mendapat anak perempuan, kadar denyutan jantungnya melebihi 140. Jika anak lelaki pula, kadar denyutan jantung dibawah 140.

Fakta 4: Salah, kadar dengupan jantung anak tidak dipengaruhi oleh jantinannya.

Mitos 5: Sekiranya ibu mengidam tetapi tidak mendapatnya. Air liur anaknya akan kerap meleleh.

Fakta 5: Kebanyakkan bayi akan mengalami tempoh air liur melelh kerana tumbuh gigi. Proses pertumbuhan gigi meransang pengeluaran air liur yang lebih banyak sehingga menyebabkannya meleleh.

Mitos & Fakta Kehamilan 3

Mitos 6: Makan buah nenas boleh menyebabkan keguguran.

Fakta 6: Nenass mengandungi bromelain yang boleh menyebabkan pendarahan. Tetapi pendarahan hanya akan terjadi jika anda makan sebanyak 7-10 biji nenas serentak! 1 hidangan/ 1 cawan nenas mengandungi segala khasiat yang diperlukan semasa hamil seperti vitamin C, folat, zat besi, magnesium, vitamin B6 yang amat menyokong perkembangan janin yang sihat.

Mitos 7: Banyak minum ais akan menyebabkan bayi besar.

Fakta 7: Bayi yang besar bukan kerana ibu sering minum ais, tetapi kandungan karbohidrat dalam minuman berais seperti sirap & sebagainya yang menyebabkan berat bayi melebihi berta bayi normal.

Mitos & Fakta Kehamilan 4

Mitos 8: Memotong dan menjahit baju semasa mengandung akan menyebabkan bibir bayi sumbang.

Fakta 8: Penyebab bibir sumbing kebanyakkannya dipengaruhi oleh ubat yang diambil semasa hamil, kesan radiasi atau faktor genetik.

Mitos 9: Minum air kelapa boleh menyebabkan kulit bayi putih bersih apabila dilahirkan.

Fakta 9: Tiada kajian saintifik yang membuktikan bagaimana air kelapa boleh dijadikan kulit bayi anda lebih cerah dan elok. Ia mungkin berlaku secara kebetulan sahaja.

Try not to exceed two cups a day and discover that you can do a lot for your well-being. levitra malaysia He’s interested, mainly, for issues related to well-being and mental health.

Muscular or Tendinosa ultrasound in Madrid. viagra malaysia Fertility study of the couple in Madrid.