Mitos Makanan Pertama Bayi Anda

Untuk melahirkan seorang kanak-kanak yang tidak cerewet makan, ibu bapa perlu sedar tentang ini :-

Mitos 1 : “Tidak kepada makanan bertekstur”

Sebenarnya bayi suka meneroka benda baharu bagi mereka. Jika kita perasan bayi sangat sering makan dengan comot, itu adalah sesi penerokaan bagi mereka. Beri mereka peluang bermain dengan makanan membantu anak anda belajar dan menerima tekstur yang berbeza

Mitos 2 : Sayur adalah terlalu pahit untuk bayi dan tidak sesuai

Mungkin pada awalnya bayi tidak menyukai, tetapi tidak jika anda bersedia untuk melayani mereka untuk jangka masa panjang, bukanlah mustahil untuk anak anda menyukainya. Tipsnya ialah berehat seketika dan cuba beberapa hari kemudian

Mitos 3: Rempah tidak baik untuk bayi kurang daripada 1 tahun

Advertisement

Rempah (spices) adalah selamat, tetapi bermula secara sederhana. Matlamat utama untuk memperkenal kepada bayi tentang rasa. Anda bole cuba dengan paprika, jintan, dan bawang putih

Mitos 4 : Menggelak makanan yang boleh membawa potensi kepada alahan tanpa mencuba

Tidak perlu mengelak dari kerang, kacang, atau alergen lain cuba kepada bayi anda sebagai ‘food introduction’. Berhenti jika terdapat sebarang simptom atau tanda pada bayi. Pendapat tentang makanan adalah penyebab alergen adalah SALAH SAMA SEKALI. Ia masih penting untuk memperkenalkan satu bahan pada satu masa walaupun untuk melihat apa-apa reaksi alergi yang mungkin dialami oleh anak anda

Mitos 5 : “Semulajadi” “Natural” adalah SIHAT!

Pembungkusan makanan yang sering menunjukkan “semulajadi” atau “terus dari ladang” selalunya hanyalah istilah pemasaran. Ini tidak membawa makna makanan itu bebas daripada bahan tambahan sintetik, baja kimia dan pewarna dan lain – lain. Ia juga amatlah penting untuk di meneliti setiap label pada makanan. Malah “bukan GMO” tidak bermakna ia organik, tetapi label organik bermakna bahawa produk itu bukan GMO. Berhati – hati sebelum membuat apa – apa pilihan.

Kepada ibu bapa banyakkan membaca!