Mitos Makanan Yang Anda Perlu Tahu!

Makanan yang bersifat panas atau sejuk mahupun tajam hanyalah pandangan masyarakat sahaja. Setiap makanan akan memberi kesan sampingan yang berbeza kepada kandungan dan ibu bayi sendiri, namun secara saintifiknya. Para ibu perlu tahu dan peka terhadap pengambilan makanan harian bagi memastikan perkembangan bayi dalam keadaan yang sihat. Antara mitos makanan yang anda perlu tahu:

  • Nanas

Buah ini terdapat kandungan  bromelain yang berperanan mencerna protein. Ia boleh juga berperanan sebagai pelembut daging. Disebabkan itu, ramai yang percaya ia adalah penyebab kepada masalah pendarahan dan keguguran. Namun, ia tidak benar. Anda dinasihatkan untuk mengambil nanas masak dan bukannya mentah.

  • Jeruk

Anda perlu tahu bahawa jeruk mempunyai kandungan asid dan bahan kimia yang banyak. Ia juga bergantung kepada cara pembuatan jeruk dan kebersihan. Anda juga digalakkan untuk membuat jeruk sendiri kerana ia lebih bersih dan selamat. Ramai para ibu yang sukakan buah-buahan yang masam, namun pengambilan jeruk haruslah dikawal

  • Tumbuhan menjalar

Orang-orang tua katakan sayur menjalar ini adalah sejuk. Dan ia akan mengakibatkan sakit sendi, kembung perut, sakit otot atau urat dan sebagainya seperti kacang dan timun.

  • Kerang

Kerang dikatakan dapat membantu untuk menambah darah. Tetapi, hal ini tidak disokong kerana ia mengandungi banyak bahan tercemar. Kerang tinggal di dalam laut dan ia menyedut dan menapis keluar air laut yang tercemar. Terdapat juga makanan lain seperti ikan bilis, daging, sayur-sayuran hijau, dan roti yang dapat memberi sumber zat besi yang lebih selamat kepada anda.

  • Air tebu

Ada mitos menyatakan ia juga boleh menjadi punca pendarahan dan menyebabkan keguguran. Air tebu bersifat sejuk untuk ibu mengandung. Namun, ia mengandungi gula yang tidak sebanyak durian, tinggi dengan serat, vitamin B kompleks, zat besi dan vitamin C.

  • Durian

Durian sangat kaya dengan zat besi, potassium, serat dan vitamin. Walaubagaimanapun, kandungan gula didalam buah durian amat tinggi. Jika diambil sewaktu hamil, bimbang paras gula akan meningkat dan ia amat tidak baik terutamanya untuk wanita yang bersaiz besar dan penghidap diabetes.

Mitos makanan ini terpulang kepada individu, setiap individu mempunyai citarasa dan tindak balas yang berbeza. Namun begitu, ianya penting untuk para ibu mengandung untuk mengawasi pengambilan diet yang seimbang.

Mitos Makanan Yang Anda Perlu Tahu! 1