Mitos Tentang Car Seat

Lebih 70% kemalangan yang berlaku dari arah depan menyebabkan lebih besar risiko bayi akan cedera parah. Melalui artikel ini, terdapat beberapa mitos berkenaan penggunaan Child Restraint System (CRS) atau lebih dikenali sebagai car seat kepada kanak-kanak yang ramai ibu bapa salah anggap.

  • Harga yang mahal.

Nilai sesuatu barangan sangat dititik beratkan oleh ibu bapa. Namun, keselamatan dan nyawa anak anda adalah sesuatu yang sangat bermakna. Harga car seat yang dijual dipasaran semestinya agak mahal, namun terdapat pelbagai kaedah lain untuk anda memiliki car seat bagi mereka yang kurang berkemampuan seperti bayaran secara bulanan.

Ada juga yang dijual dengan harga serendah RM400 dan boleh digunakan sehingga anak anda berusia 4 tahun. Jika dibahagikan pelaburan untuk keselamatan anak, anda hanyalah RM100 setahun dan hanya 27 sen sehari.

  • Anak tidak perlu guna car seat apabila mereka pandai duduk dengan sendiri.

Mitos ini adalah sama sekali tidak benar kerana tali pinggang keledar yang disediakan di dalam kenderaan adalah direka khas untuk orang dewasa. Apabila berlaku kemalangan, mereka mudah untuk tercampak keluar daripada kenderaan anda.

  • Bayi perlu diletakkan di kerusi penumpang hadapan supaya ibu boleh melihat muka bayi.

Mitos ini juga adalah tidak benar kerana ini akan mendatangkan bahaya kerana kerusi hadapan mempunyai beg udara yang akan menghentam kerusi bayi dan ini akan menyebabkan kecederaan lebih parah. Tambahan pula, ibu bapa yang kerap melihat anak di sebelah juga boleh menganggu fokus pemanduan dan bagi kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah juga tidak digalakkan dudduk di kerusi hadapan sebelah pemandu kerana risiko kemalanga juga adalah tinggi.

  • Semakin mahal, semakin bagus car seat anda.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan harga sebuah car seat menjadi mahal bergantung kepada fungsi-fungsi yang dimasukkan ke dalam car seat tersebut. Hal ini tidak bermakna bahawa jika harganya lebih mahal, ianya lebih bagus. Perkara ini ditentukan mengikut kesesuaian car seat kepada anak anda, jenis kenderaan dan cara pemasangan. Pengetahuan mengenai penggunaan car seat ini yang lebih diutamakan berbanding harga.

Advertisement

Jadi, para ibu bapa perlulah mengikuti spesifikasi penggunaan Child Restraint System  (CRS) atau car seat dengan cara yang betul seperti yang disarankan oleh Child Passenger Safety Malaysia (CPSM).