Nutrisi Yang Diperlukan Bayi Pada Usia 6 Bulan

Bayi juga memerlukan nutrisi yang penting dalam pemakanan mereka, seperti orang dewasa. Ibu bapa perlu prihatin dalam penyediaan makanan bayi dan memenuhi keperluan nutrisi mereka supaya bayi anda dapat membesar dengan sihat dan perkembangan mereka adalah normal.

Ketahui nutrisi yang diperlukan bayi pada usia 6 bulan:

  • Protein

Protein membantu dalam memelihara dan memperbaiki jaringan tubuh pada bayi sehingga mengawal fungsi tubuh oleh enzim. Protein boleh diperoleh daripada makanan seperti ikan salmon, ayam dan daging.

  • Lemak

Lemak berfungsi sebagai sumber tenaga untuk bayi. Lemak boleh diperolehi daripada ikan kerana ia sangat baik untuk perkembangan bayi pada usia enam bulan.

  • Karbohidrat

Sumber tenaga karbohidrat pertama yang diperoleh adalah daripada susu ibu. Bayi yang berusia enam bulan merelukan jumlah karbohidrat daripada 68.8 hingga 89.4 gram. Karbohidrat boleh didapati daripada beras putih atau merah.

  • Vitamin dan mineral

Sumber vitamin A, B, K, E, D dan vitamin C diperoleh daripada beberapa sayuran seperti bayam, labu, brokoli dan tomato. Sumber buah-buahan yang disarankan adalah buah mangga, pisang, oren, betik, avokado, pir dan epal.

Advertisement

Kesimpulannya, bayi bukan sahaja memerlukan juga memerlukan nutrisi yang lain sebagai supplemen tambahan bagi membantu pembesaran dan perkembangan bayi.