Parenting Summit 2021

Program Parenting Summit 2021 adalah program yang diadakan bagi memberi penekanan tentang aspek keibubapaan seperti kehamilan, penyusuan ibu, proses bersalin, pengurusan emosi, dan pengurusan bayi. Dengan adanya perkongsian seperti ini dapat membantu bakal ibu bapa diluar sana membuat persediaan menyambut kelahiran baru dalam keluarga. Program ini adalah anjuran iCAS, The Parent Story dan Butik Tateh yang telah berlangsung pada 20hb Mac dan 21hb Mac 2021 melalui medium zoom.

Parenting Summit 2021 1
Parenting Summit 2021 2

Program ini bukan sahaja menawarkan topik-topik menarik tentang keibubapaan kepada peserta, malah peserta juga berpeluang mendapat gift box secara PERCUMA sebagai hadiah penyertaan mereka tajaan dari pelbagai brand untuk keperluan ibu dan bayi. Tidak ketinggalan juga, HADIAH CABUTAN BERTUAH bernilai RM5K buat peserta bertuah yang aktif menonton sepanjang program ini.

Parenting Summit 2021 3

Alhamdulillah program ini telah mendapat sambutan yang amat baik dari peserta dan para panel jempuatan. Saya kongsikan beberapa feedback dari peserta yang menyertai program ini. In Shaa Allah kami akan adakan program seperti ini pada masa akan datang. Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan yang telah diberikan. Moga program ini dapat menambah ilmu tentang keibubapaan kepada para peserta.

Parenting Summit 2021 4