Penghawa Dingin Bagus Ke Untuk Bayi?

Air conditioning decoration interior of room

Apakah suhu yang paling selamat untuk bilik bayi saya?

Suhu yang sesuai untuk bayi 24 darjah celcius hingga 26 darjah celcius dibawah pengawasan ibu bapa. Ibu bapa boleh meletakkan bayi di bilik yang mempunyai penghawa dingin dalam tempoh 1-2 jam dan kemudian boleh tutup. Tidak digalakkan membiarkan bayi dalam persekitaran yang terlalu sejuk.

Memandangkan cuaca di negara kita agak panas pada siang hari, menggunaan penghawa dingin dapat membantu bayi tidur dengan baik. Bayi yang terlalu panas akan membahayakan nyawa bayi atau terkena sindrom bayi mati mengejut (SIDS).

Tips untuk memastikan bayi anda berada dalam suhu yang selamat:

  • Pastikan katil bayi anda berada dalam bilik yang bebas asap rokok.
  • Jangan selimutkan bayi anda dengan lapisan yang terlalu banyak atau memakaikannya pakaian yang berlapis-lapis. Jika bayi anda di bawah usia setahun, jangan gunakan selimut tebal atau kuilt.
  • Jauhkan katil bayi anda daripada lampu sisi, penyaman udara, kipas atau lain-lain peralatan elektrik boleh alih.
  • Jika anda fikir yang bayi anda terlalu panas, periksa perutnya. Jika perut bayi terasa panas, atau dia berpeluh, tanggalkan beberapa lapis pakaian. Namun begitu, tangan atau tapak kaki yang sejuk adalah perkara biasa.
  • Pada hari-hari yang terlalu panas, sejukkan badan bayi dengan menutup langsir dan membuka tingkap biliknya. Pada hari-hari yang terlampau panas pula, lap badannya perlahan-lahan dengan air yang suam-suam kuku.
  • Pastikan suhu di bilik bayi tidur dalam keadaan selesa. Tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Jika suhu bilik terlalu panas adalah tidak baik kepada bayi kerana bayi mungkin akan mengalami ruam yang teruk dan banyak berpeluh terutamanya ketika tidur. Bukalah kipas atau gunakan penyaman udara buat sementara waktu.

Akhir sekali, ibu bapa hendaklah pantau suhu bilik untuk bayi anda. Jika keadaan terlalu panas atau terlalu sejuk juga tidak baik untuk kesihatan bayi. Bayi sangat sensitif dengan persekitaran sekelilingnya. Sebagai ibu bapa, anda yang menentukan apa yang terbaik untuk bayi anda.

Penghawa Dingin Bagus Ke Untuk Bayi? 1