Memiliki bibir yang mungil dan bersinar adalah idaman kaum wanita kerana merupakan aset utama yang selalu diperhatikan orang sekeliling apabila kemana-mana. Malah di dalam beg tangan setiap kaum wanita pasti mempunyai alat kosmetik untuk bibir sebagai persediaan ketika diperlukan. Namun, bibir adalah anggota yang mudah terjejas kerana lapisan bibir yang nipis berbanding dengan kulit anggota di bahagian lain. Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu diperhatikan kerana ia dapat menjejaskan kecantikan bibir
- Gaya hidup tidak sihat
Gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan pengambilan makanan dan minuman yang tidak seimbang dapat menjejaskan bibir. Kandungan kolagen didalam bibir akan menurun menyebabkan muncul garis-garis halus atau kedutan di bibir, terutamanya apabila bertambah umur.
- Mengigit bibir
Tabiat ini harus dihindari dengan segera kerana dapat membuatkan bibir menjadi pecah dan luka-luka.
- Lipstik tidak sesuai
Alat kosmetik yang tidak sesuai boleh menyebabkan bibir gatal-gatal, kemerahan dan sebagainya. Perhatikan juga tamat tempoh dan warna jika terdapat perubahan haruslah dibuang segera.
- Alat kosmetik tercemar
Tempatkan lipstick di tempat yang mempunyai suhu yang stabil agar dapat mengelakkan pembiakan bakteria dan sentiasa bersihkan bibir sebelum memakai lipstick agar kotoran tidak melekat di lipstick.
- Sinaran ultraungu
Sentiasa sapukan pelembab sekurang-kurangnya SPF 15 jika hendak keluar dari rumah kerana sinaran ultaungu boleh memusnahkan kolagen di bibir hingga menyebabkan bibir pecah-pecah, bengkak atau tumbuh bintik-bintik hitam.
