Persoalan & Jawapan Bagi Ibu Hamil

Berbagai tanda tanya berlegar-legar di dalam fikiran ibu mengandung untuk memastikan bayi dan diri sendiri sentiasa dalam keadaan sihat terutamanya bagi mereka yang mengandung sulung. Berbagai juga nasihat yang diterima dari keluarga dan sahabat andai untuk dijadikan pesanan untuk diri sendiri.

Kebiasaan bagi ibu mengandung yang sentiasa was-was dengan perbuatan yang ingin dilakukan, takut-takut terkesan kepada diri sendiri dan bayi. Berikut antara tanda tanya yang sering berlegar di fikiran ibu-ibu mengandung dan jawapan untuk persoalan berikut.

  • Selamatkah makan makanan pedas sewaktu mengandung?

Jawapan – Makanan pedas boleh membuatkan anda pedih ulu hati seterusnya menjadi tidak selesa bagi mereka yang tidak biasa makan makanan pedas, namun ia tidak berbahaya untuk kandungan. Elakkan jugak makan makanan yang terlalu pedas di akhir-akhir trimester kehamilan untuk mengelakkan ketidakselesaan.

  • Benarkah teh hijau bantu wanita dalam keadaan hamil?

Jawapan – Tidak salah untuk ibu menikmati teh hijau kerana mampu memberi ketenangan kepada ibu mengandung.

  • Bolehkah  mengunakan ketuhar gelombang mikro untuk memasak makanan ibu hamil selain mengunakan dapur gas?

Jawapan – Boleh, tiada kajian kukuh mengatakan radiasi ketuhar gelombang mikro membahayakan ibu mengandung

  • Selamatkah makan daging yang disuntik?

Jawapan – Daging yang disuntik antibiotik boleh mengalakkan bakteria yang kalis antibiotik membiak, namun ia tidak memudaratkan. Walaubagimanapun, terdapat daging organik yang boleh ibu-ibu mengandung dapatkan dan terbukti ia tidak membahayakan.

  • Adakah demam boleh membahayakan bayi dalam kandungan?

Jawapan – Demam panas boleh membuatkan bayi mendapat kecacatan sewaktu dilahirkan. Ia juga berisiko menghalang tumbesaran bayi.

  • Adakah pengambilan coklat ketika hamil dibenarkan?

Jawapan – Dibenarkan, coklat memberi kesan kepada neurotransmitter di dalam otak yang memberi perasaan selesa kepada ibu mengandung, namun elakkan pemgambilan coklat terlalu banyak.

Persoalan & Jawapan Bagi Ibu Hamil 1