Petua Sukar Tidur Semasa Hamil

Sememangnya normal bagi wanita hamil mengalami kesukaran mendapat tidur yang lena. Terdapat dua sebab, pertama adalah disebabkan peningkatan bayi dalam kandungan dan ia akan meyebabkan kesukaran pada waktu tidur. Kedua, adalah disebabkan anda kerap rasa sakit belakang atau perut, ada baiknya jika para wanita hamil mengubah posisi tidur supaya lebih selesa.

Petua ini boleh membantu anda untuk mendapatkan tidur yang lebih baik:

  • Elakkan minuman berkafein anda seperti teh, kopi, dan soda.
  • Elakkan minum atau makan makanan terlalu banyak sebelum tidur.
  • Buat jadual tidur dan bangun pada masa yang sama setiap hari.
  • Elakkan apa-apa jenis senaman yang memenatkan sebelum anda tidur. Sebaiknya lakukan sesuatu yang santai seperti membaca buku atau mandi air hangat.
  • Anda boleh mengambil minuman bebas kafein seperti susu atau secawan teh herba.
  • Sekiranya anda mengalami kekejangan di kaki, anda hanya perlu meregangkan otot pada betis sebelum tidur, ia membantu hebat.
  • Ambil kalsium dan magnesium dalam diet anda seperti yang disyorkan oleh doktor anda bagi membantu mengurangkan kekejangan kaki.
  • Beli bantal khas untuk ibu hamil. Hal ini akan membantu mengurangkan sakit pinggang dan belakang anda.
  • Jika terdapat sebarang kebimbangan atau apa-apa jenis ketakutan yang membuatkan awak terjaga, sebaiknya anda menghadiri kelas persalinan atau kelas keibubapaan. Dengan bantuan kelas-kelas ini, ia akan mendidik diri anda untuk mengatasi ketakutan anda yang membuat anda terjaga pada waktu malam.

Akhir sekali, jika anda masih tidak boleh tidur dengan lena, cuba tenangkan fikiran atau dengar lagu yang menenagkan atau berzikir. Ini akan lebih membantu anda apabila hendak tidur. Semoga bermanfaat.