Pola Tidur Si Kecil

Alahai macam-macam ragam si kecil ini tidur. Tahukah para ibu bapa mengenali karakter tidur si kecil yang berbeza-beza caranya  dapat membantu ibu bapa bagi mengenal pasti si kecil mendapat tidur yang berkualiti atau sebaliknya. Kebanyakan pakar psikologi dari hospital kanak-kanak menyarankan ibu bapa untuk membetulkan pola tidur si kecil secara berperingkat.

NOCTURNAL BABY

Bayi yang memiliki gaya ni masih tidak dapat membezakan siang atau malam. Yang bermaksud di siang hari, bayi ini akan tidur dengan lenanya manakala seronok berjaga di malam hari. Untuk mengatasi masalah ini, ibu bapa boleh melakukan aktiviti fizikal pada siang hari seperti bercakap, mengusik si kecil agar si kecil berasa penat dan dapat tidur lena di malam hari. Ibu bapa juga boleh mengurangkan respons di malam hari, memberi ruang untuk bayi menenangkan dirinya.  

EARLY RISER

Berbeza dengan Nocturnal Baby, bayi ini dapat menikmati tidur di malam hari namun mereka mempunyai kebiasaan bangun tidur lebih awal. Untuk mengatasinya, ibu perlu memastikan si manja sudah mendapat sesi penyusuan terakhirnya dengan secukupnya kerana perut yang lapar boleh membuatkan si kecil meragam di awal pagi. Ruang tidur yang malap dan suhu penyaman udara yang sesuai juga dapat memanjangkan waktu tidur si kecil.

CAT NAPPER

Bayi yang mempunyai gaya ini rata-rata hanya dapat tidur selama 30 minit sahaja kerana menyangka si kecil tidak dapat tidur di dalam pelukan ibu. Cara bedung yang hangat dan selesa dapat membantu si kecil tidur lebih lama.

RESTLESS SLEEPERS

Bayi ini kerap terbangun kerana dilihat gelisah dalam tidurnya. Menurut Doktor dari Hospital Ohio besar kemungkinan bayi ini sejenis active sleeper yang dimana di alam bawah sedarnya tetap aktif. Bagi mengatasinya ibu bapa perlu memastikan si kecil kenyang sebelum tidur dan berpakaian tipis juga elakkan perkara-perkara yang boleh menganggu tidurnya.