Rahsia Di Sebalik Hand Sanitizer

Hand Sanitizer yang digunakan untuk mengelakkan bakteria atau kuman melekat pada permukaan tangan anda. Sanitizer tangan merupakan satu produk untuk kegunaan membersihkan tangan tanpa penggunaan air yang perlu disapu atau disembur pada tapak tangan dan dipercayai ianya mampu membasmi 99.99% micro-organism termasuk virus H1N1 dan lain-lain.

Tangan adalah satu anggota yang mudah terkena jangkitan kerana tangan cenderung untuk memegang perkara yang berada disekeliling kita. Sanitizer tangan penting terutamanya di tempat awam seperti stesen bas, stesen kereta api, lapangan terbang, hospital dan sebagainya. Jadi, pastikan tangan anda sentiasa didalam keadaan yang bersih.

Pada waktu bilakah yang sesuai untuk memakai sanitizer tangan?

  • Sebelum atau semasa atau selepas menyediakan makanan.
  • Sebelum makan.
  • Sebelum dan selepas membawa orang yang sakit.
  • Selepas menggunakan bilik air.
  • Selepas menyalin lampin atau membersihkan anak di dalam bilik air.
  • Bersin atau batuk atau selesema.
  • Selepas memegang binatang.
  • Selepas membuang sampah.
  • Dan sebagainya berkaitan dengan kekotoran tangan.

Kelebihan memakai sanitizer tangan buat keluarga anda:

  • Memberi perlindungan segera dengan membunuh 99.99% virus, bakteria dan kuman.
  • Melindungi keluarga anda daripada jangkitan kuman.
  • Sebagai pencuci antibakteria yang mudah untuk membasmi kuman dan bakteria.
  • Bertindak dengan cepat dan mudah.
  • Mudah sebagai pencuci tangan tanpa air.
  • Diperkaya dengan pelembap untuk memastikan tangan sentiasa lembut.
  • Sebagai alat keselamatan bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.
  • Mewujudkan persekitaran yang sihat dan selamat buat keluarga anda.

Kebiasaannya sanitizer tangan digunakan di semua hospital dan kini anda boleh dapati dimana-mana kedai, farmasi dan pasaraya yang direka khas bagi memudahkan ianya dibawa kemana sahaja dan anda boleh bawa sanitizer tangan di dalam dipoket baju atau bag tangan anda. Hal ini dapat memastikan tangan anda sentiasa berada ditahap yang bersih pada setiap masa. Kini terdapat pelbagai jenis jenama yang berada dipasaran dan hand sanitizer ini mudah untuk didapati dimana-mana sahaja.

Kesimpulannya, anak-anak mudah terdedah dengan persekitaran luar, terutamanya semasa bermain di taman permainan, di kawasan sekolah dan sebagainya. Jadi, ibu bapa perlu pastikan anak-anak anda menggunakan sanitizer tangan dengan cara penyapuan yang betul sehingga kering atau gosok tangan selama 30 saat atau lebih, barulah selamat untuk memegang makanan.

Advertisement