Resepi Ayam Masak Merah Yang Paling Sedap

Resipi-Ayam-Masak-Merah-Sedap

Pendahuluan

Masakan ayam masak merah memang masakan yang mesti ramai orang perlu tahu cara masak. Resepi Ayam Masak Merah ini memang sinomim di jadikan menu kenduri samaada kenduri kahwin atau kenduri keraian yang lain.

Masakan ayam masak merah memang masakan yang mesti ramai orang perlu tahu cara masak. Resepi Ayam Masak Merah ini memang sinomim di jadikan menu kenduri samaada kenduri kahwin atau kenduri keraian yang lain.

Dalam banyak-banyak resepi ayam masak merah ini. Apa kata anda cuba resepi ini. Bagi saya ianya memang sedap dan mudah disediakan.

Kalau anda cuba. Apa kata anda beri feedback di ruangan komen ini.

Mari kita lihat resepi ayam masak merah ini.

Masa Penyediaan : 30 minit
Hidangan : 5 orang
Cadangan : Sesuai dimakan dengan Nasi Putih yang panas dan Nasi Tomato.

Bahan-bahan diperlukan :

  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit

Bahan-bahan kisar

  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato

Bahan Hias

  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya

Cara Penyediaan

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak.
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

Selamat Mencuba! Resepi Ayam Masak Merah yang paling sedap ini. Janji anda sediakan dengan nasi panas-panas. Gerenti sedap…