Resipi Berpantang – Ayam

Artikel ini berkongsi beberapa resipi berpantang dengan menggunakan ayam untuk ibu selepas bersalin. Selain daripada daging, ayam juga mampu melancarkan aliran darah dalam tubuh badan ibu. Resipi ini sesuai untuk para ibu yang bersalin secara normal atau secara pembedahan.

  1. Ayam panggang

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • 1 batang serai
  • 1 sudu jintan manis
  • ½ sudu jintan putih
  • 1cm kunyit hidup
  • 1cm lengkuas
  • 1cm halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang putih
  • Garam atau serbuk perasa
  • Sedikit air asam jawa
  • ½ cawan air

Cara-cara:

  • Tumbuk atau kisar bahan, iaitu bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup. Tumbuk lebam serai.
  • Ambil bahan yang ditumbuk tadi dan lumurkan pada ayam.
  • Perap ayam selama 1 jam.
  • Panggang ayam mengikut keperluan anda sama ada microwave atau atas api.

2. Ayam percik ala cina

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • Daun salam dan daun kunyit
  • 1 bunga lawang
  • 1 bunga cengkih
  • 1 kulit kayu manis
  • Sedikit jintan manis
  • Sedikit lada hitam
  • 1 batang serai
  • 2cm halia
  • Sedikit gula melaka (dicincang halus)
  • Sedikit perahan lemon
  • Santan
  • Bawang merah dan bawang putih (ditumbuk halus)
  • Garam atau serbuk perasa

Cara-cara:

Advertisement
  • Panggang atau goreng ayam terlebih dahulu bersama daun salam dan daun kunyit.
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih, jintan manis, lada hitam, halia, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan serai sehingga naik bau.
  • Masukkan perahan lemon, gula melaka dan sedikit garam.
  • Masukkan santan dan biarkan ia mendidih atas api perlahan.
  • Apabila bahan sudah menjadi pekat, siramkan ke atas ayam yang dipanggang atau digoreng tadi.
  • Selamat mencuba dan menikmatinya.