Resipi Berpantang – Daging

Artikel ini berkongsi beberapa resipi berpantang dengan menggunakan daging untuk ibu selepas bersalin. Daging dapat melancarkan aliran darah dalam badan ibu. Resipi ini sesuai untuk para ibu yang bersalin secara normal atau secara pembedahan.

  1. Daging bakar bersama air asam

Bahan-bahan:

  • 4 cm halia muda
  • 3 cm kunyit hidup
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu lada hitam
  • Suku bawang besar
  • Asam jawa

Cara-cara:

  • Kisarkan semua bahan, iaitu halia, kunyit hidup dan garam.
  • Kemudian perapkan daging dengan bahan yang dikisar selama 30 minit.
  • Bakar daging di atas kuali bakar sehingga masak.
  • Hiriskan daging yang sudah dimasak.
  • Membuat air asam- ambil 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan sedikit perahan asam jawa.

2. Daging goreng halia

Bahan-bahan:

  • Minyak masak
  • Daging batang pinang (dihiris nipis)
  • 3 cm Halia (dimayang halus)
  • 1 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • ½ biji lada benggala atau cili padi
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
  • Sedikit garam atau serbuk perasa

Cara-cara:

Advertisement
  • Gaulkan daging bersama kunyit dan garam.
  • Panaskan minyak dan masukkan daging yang sudah diperap apabila minyak sudah panas.
  • Masakkan daging sehingga lembut dan angkat.
  • Kemudian, dengan menggunakan minyak masak yang sama, tumiskan bawang putih dan halia ke dalam kuali. Masak sehingga naik bau
  • Masukkan daging yang digoren tadi dan gaul rata.
  • Masukkan sos tiram, garam, hirisan cili dan potongan bawang besar tadi ke dalam masakan.
  • Tutup api masakan dan selamat menikmatinya.

3. Daging goreng lada hitam

Bahan-bahan:

  • Daging (dihiris nipis)
  • 1 sudu lada hitam
  • Halia
  • Bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap pekat
  • Garam atau serbuk perasa

Cara-cara:

  • Kisarkan halia, bawang besar dan bawang putih.
  • Perapkan daging bersama bahan yang telah dikisar sebentar tadi dan masukkan sos tiram, sos cili dan kicap pekat.
  • Panaskan minyak dan masukkan daging perapan.
  • Masak daging sehingga lembut dengan tambahan air.
  • Setelah daging empuk, masukkan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan anda. Selamt mencuba.