Resipi Berpantang – Ikan bilis

Artikel ini berkongsi beberapa resipi berpantang dengan menggunakan ikan bilis untuk ibu selepas bersalin. Ikan bilis kaya dengan kalsium, protein, fosforus, zat besi, beberapa vitamin serta mineral lain. Ikan bilis juga mempunyai kandungan merkuri yang rendah dan selamat untuk dimakan oleh para ibu  yang sedang berpantang.

  1. Ikan bilis goreng aroma

Bahan-bahan:

  • 100 gram ikan bilis putih
  • 3 batang serai (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dimayang)
  • 2 cm halia (dimayang)
  • 6 helai daun limau purut (dihiris)
  • 6 biji cili padi (diketuk)

Cara-cara:

  • Gorengkan ikan bilis terlebih dahulu sehingga garing.
  • Masukkan ke semua bahan hirisan, dan dimayang ke dalam ikan bilis yang sudah digoreng.
  • Selamat mencuba dan  menikmatinya.

2. Sambal Tok-tok

Bahan-bahan:

  • 100 gram ikan bilis
  • 4 biji padi
  • 1 biji bawang besar
  • Sedikit perahan limau

Cara-cara:

Advertisement
  • Gorengkan ikan bilis terlebih dahulu sehingga garing.
  • Tumbuk kasar cili padi dan bawang besar bersama sedikit perahan limau.
  • Lumurkan bahan yang telah ditumbuk tadi di atas ikan bilis goreng.
  • Selamat mencuba dan menikmatinya.