Resipi Berpantang – Ikan

Artikel ini berkongsi beberapa resipi berpantang dengan menggunakan jenis-jenis ikan  yang dibenarkan untuk ibu yang berpantang. Antara jenis-jenis ikan yang sesuai untuk ibu berpantang adalah ikan merah, ikan haruan, ikan selar, ikan tenggiri, ikan jenahak dan ikan bawal putih. Ikan haruan baik untuk mempercepatkan proses menyembuhan episiotomi.

  1. Ikan Steam

Bahan-bahan:

  • Ikan
  • 5cm halia (dihiris)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • Sedikit daun sup
  • Sedikit daun bawang
  • Garam

Cara-cara:

  • Sediakan perkakas untuk mengukus terlebih dahulu.
  • Letakkan ikan di atas dalam yang sesuai dengan saiz pengukus anda.
  • Letakkan halia yang dihiris, buah tomato yang dipotong, daun sup dan daun bawang serta sedikit garam diatas ikan.
  • Steam sehingga ikan masak.

2. Ikan Singgang

Bahan-bahan:

  • Ikan
  • 1 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 cm lengkuas (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 keping asam keping
  • Sedikit garam

Cara-cara:

Advertisement
  • Rebuskan sedikit air bersama bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, asam keping dan sedikit garam.
  • Apabila air rebusan tadi sudah mendidih, masukkan ikan.
  • Rebus sehingga ikan masak.

3. Sup Ikan

Bahan-bahan:

  • Ikan
  • Sedikit minyak bijan
  • 1 ulas halia (diketuk atau dihiris)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 keping asam keping
  • Sedikit daun sup dan daun bawang
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  • Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih, lada hitam dan minyak bijan.
  • Kemudian, panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak masak.
  • Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi (bawang merah, bawang putih dan lada hitam).
  • Apabila sudah naik bau, masukkan air dan tomato.
  • Biarkan sup anda mendidih sebentar dan masukkan ikan, rebus sehingga ikan masak.
  • Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
  • Taburkan daun sup dan daun bawang.

4. Ikan Tenggiri Goreng Halia

Bahan-bahan:

  • 1 keping ikan tenggiri
  • 4cm halia (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 sudu minyak bijan
  • 2 sudu kicap manis
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • ½ sudu teh garam
  • Minyak masak

Cara-cara:

  • Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
  • Panaskan minyak, kemudian goreng ikan sehingga garing dan angkat.
  • Gunakan minyak yang sama, namun kurangkan sedikit. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  • Masukkan minyak bijan dan kicap manis.
  • Gaul rata dan kemudia masukkan ikan yang sudah digoreng sebentar tadi.
  • Gaul rata semua bahan dan nikmatinya.

5. Ikan Tenggiri Masak Asam

Bahan-bahan:

  • 3 keping ikan tenggiri
  • 540 ml air
  • 30cm halia (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • ½ cawan air asam jawa.
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam.
  • Garam secukup rasa.

Cara-cara:

  • Didihkan bahan (halia, bawang putih, air asam jawa, serbuk lada hitam dan garam) di atas api perlahan.
  • Masak sehingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.

6. Ikan Haruan Goreng Berempah

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan haruan (dipotong)
  • 30cm halia (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu rempah ikan
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  •  Garam secukup rasa

Cara-cara:

  • Gaul ikan bersama serbuk kunyit dan garam. Perap selama 5 minit.
  • Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing kemudian angkat.
  • Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah sehingga naik bau.
  • Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kemudian gaul sehingga sebati.
  • Tutup api dapur dan tuangkan kuah di atas ikan yang telah digoreng sebentar tadi.
  • Selamat mencuba dan menikmatinya.