Avokado mengandungi lemak yang tinggi (baik) dan mempunyai tekstur berkrim dan lembut. Dalam pembuantan pastri, avokado digunakan untuk mengantikan mentega, shortening dan kadang kala membantu mengantikan telur juga
Ia membantu menjadikan tekstur pastri menjadi lembap dengan kandungan yang lebih sihat berbanding dengan cara pembuatan tradisional dalam pastri. Kombinasi avokado dan koko dalam brownies adalah satu kombinasi yang sempurna, ia hanya memberikan kelazatan dalam brownies tanpa dapat merasakan ‘weirdness’ avokado tersebut
Cara Membuat Brownies Avokado
Bahan – bahan :-
1 biji avokado (dipotong dadu)
2 biji telur
1/2 cawan madu (170g)
1 sudu teh ekstrek vanila
2/3 cawan tepung gandum (75g)
1/4 cawan serbuk koko (30g)
1 sudu teh serbuk penaik
Secubit garam
Cara penyediaan :-
- Panaskan ketuhar pada 175℃
- Masukkan avokado, telur, madu,ekstrek vanila ke dalam pengisar atau pemproses makanan ‘food processor’. Kisar hinga tekstur kelihatan licin
- Di dalam mangkuk lain, ayakkan tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik dan kacaukan sebatian tersebut
- Gabungkan sebatian kering dan basah di dalam satu mangkuk. Gaulkan sehingga sebati dan menjadi adunan yang cantik
- Bakar selama 20 – 30 minit. Biarkan ia rehat di suhu bilik sebelum dihidangkan
SELAMAT MENCUBA !