Resipi Puree Sihat Untuk Bayi!

Penjagaan pemakanan bayi juga penting bagi membantu perkembagan mereka. Anda boleh melakukan puree makanan untuk bayi anda hasil daripada air tangan anda sendiri. Biasanya untuk membuat puree ini hanya memerlukan bahan gabungan daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Ayuh ikuti resipi puree sihat untuk bayi anda:

  1. Puree Kentang. Kentang lebih mudah dicerna dan tidak menyebabkan sembelit pada bayi. Potong kentang dan renehkan sedikit air sehingga lembut. Pindahan ke pemproses makanan dan belend sehingga menjadi puri, anda boleh tambahkan sedikit air atau susu ibu.
  2. Puree Lobak. Lobak mempunyai nutrisi yang baik untuk bayi. Ia mengandungi zat besi, kalsium dan Vitamin A bagi membantu penglihatan si kecil. Perkara yang anda perlu buat adalah hanya potong lobak menjadi bentuk kecil, blens lobak tersebut bersama air atau susu ibu. Ia juga merupakan makanan yang sesuai untuk bayi yang berusia 4 bulan.
  3. Puree Betik. Buah ini mengandungi Vitamin C dan Beta-Carotene yang tinggi, berfungsi sebagai anti radang dan penguat imun sistem. Betik juga bagus untuk merawat masalah sembelit anak-anak. Anda hanya perlu kupaskan kulit buah kemudian, lenyekkan buah dengan garpu. Jika campuran terlalu pekat anda juga boleh mencampurkannya dengan susu ibu.
  4. Puree Brokoli. Brokoli adalah sayur yang sangat berkhasiat. Ia sangat bagus untuk perkembagan otak bayi dan mempunyai kalsium yang sangat baik untuk tulang. Stim brokoli sehingga lembut kemudian blend brokoli dengan tambahan sedikit air.
  5. Puree Epal Dan Asparagus. Campuran kedua tumbuhan ini adalah sangat baik kerana ia akan membantu bagi memudahkan penghadaman di dalam perut dan seterusnya menghasilkan bakteria baik dalam perut.

Anda perlu tahu, bahawa resipi puree ini hanya sesuai untuk bayi yang berusia 6 bulan ke atas. Resipi ini sangat mudah dan tidak memerlukan bahan yang melecehkan. Perkara yang penting adalah anda dapat memberikan nutrisi yang secukupnya bagi membantu perkembangan bayi anda pada masa akan datang. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.