Risiko Penyakit Mengikut Peringkat Umur Bagi Kaum Lelaki

Semakin meningkat umur, tubuh badan amat mudah mengidap pelbagai penyakit dalam satu masa. Berbanding lelaki, wanita lebih cenderung menjaga kesihatan apabila meningkat usia. Ini kerana kaum lelaki sering memandang remeh akan aspek ini. Ketahui beberapa penyakit yang mungkin dihadapi bagi kaum lelaki dalam berbeza-beza peringkat umur.

15-30 tahun

  • Kanser testis – Jangan sangka penyakit ini hanya dihadapi bagi golongan matang sahaja. Perhatikan tanda-tanda awal seperti benjolan pada testis, segera mendapatkan rawatan doctor
  • Kemurungan – Masalah ini cenderungnya boleh berlaku di pelbagai peringkat umur, namun ketika peringkat umur ini pelbagai tekanan mungkin dihadapinya seperti tekanan dalam pelajaran, mencari pasangan hidup mahupun dalam mengejar cita-cita tersendiri

20- 40 tahun

  • Diabetes – Peringkat umur ini, kebanyakan kaum lelaki sudah bermula berkerja, gaya hidup yang tidak sihat boleh menyumbang kepada penyakit ini akibat kerap berasa penat dan dahaga.
  • HIV – Penyakit ini boleh dihidapi jika terlibat dengan aktiviti seks bebas. Jiwa muda yang masih mencari keseronokan gemar bersosial sehingga melakukan perbuatan yang memakan diri sendiri.
Risiko Penyakit Mengikut Peringkat Umur Bagi Kaum Lelaki 1

40-60 tahun

  • Obesiti – Usia lewat selepas bersara, kebiasannya bakal melalui berat badan yang berlebihan akibat tiada susunan jadual yang teratur. Obesiti mampu mendorong kepada strok dan juga serangan jantung
  • Kanser paru-paru – Khas bagi perokok tegar sejak dari usia muda. Batuk yang berlarutan menjadi tanda-tanda menghidap penyakit ini

60 tahun dan keatas

  • Penyakit jantung – Masalah yang sering berlaku dikalangan bapa-bapa. Segera dapatkan rawatan doktor jika sering mengalami sakit dada
  • Kanser prostat – kesukaran untuk mebuang air kecil atau sering terjaga untuk ke tanda merupakan tanda awal bagi pembengkakan prostat. Jik berlaku, segera dapatkan rawatan di hospital