Sakit Mata Akibat Penggunaan Komputer Terlalu Lama

Di dalam penggunaan gajet terutama komputer ini, mata adalah deria utama yang terbabit selain jari tangan. Penggunaan komputer dalam jangka masa lama tanpa rehat seketika boleh mengakibatkan ketegangan pada mata. Ia dipanggil sebagai sindrom penglihatan komputer, iaitu gejala yang dialami akibat terlalu fokus kepada komputer atau gajet lain dalam tempoh masa yang lama tanpa berehat seketika.

Antara tanda-tanda yang dialamai bagi sindrom penglihatan komputer: 

  • Berasa sengal-sengal pada mata
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Mata kering
  • Penglihatan terganggu seketika
  • Alami sakit kepala.
  • Sakit pada bahagian tengkuk
  • Sakit pada bahagian belakang
  • Mata menjadi merah
  • Berair mata

Tips bagi mengelakkan sindrom penglihatan komputer:

  • Ambil masa untuk rehat seketika dan alihkan pandangan.
  • Lakukan regangan ringkas.
  • Betulkan kedudukan tempat duduk anda.
  • Letakkan skrin komputer 40-76 sentimeter (16 hingga 30 inci) daripada mata.
  • Jangan lupa untuk kelipkan mata anda.
  • Gunakan kerusi yang menepati keselesaan anda.
  • Lakukan pemeriksaan mata.
  • Jika mata anda selalu kering, gunakan eye-mo.
  • Pastikan pencahayaan komputer anda tidak terlalu terang dan pastikan pencahayaan ruang pejabat dalam keadaan baik.
  • Ubah posisi monitor komputer anda supaya selaras dengan kedudukan mata.

Akhir sekali, sindrom penglihatan mata ini bukanlah sesuatu masalah yang akan kekal berterusan. Namun, sebaik-baiknya cuba ikuti tips diartikel ini kerana bukan sahaja golongan dewasa yang terpengaruh. Malah , kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada masalah ini. Pastikan ibu bapa mengawasi anak-anak dalam penggunaan gajet atau komputer dan terhadkan waktu penggunaannya kepada mereka.