Sebab Bayi Sering Masukkan Benda Ke Mulut

Para ibu bapa mesti khuatir jika bayi anda mula masukkan benda ke dalam mulut, terutamanya dari aspek kebersihan. Mulut bayi mempunyai saraf yang lebih banyak berbanding anggota tubuh yang lain. Bayi lebih cenderung untuk memasukkan sesuatu barang ke dalam mulut untuk mengetahui tekstur atau rasa barangan tersebut. Perkara ini adalah normal bagi setiap bayi.

Jom ikuti tips ini untuk memastikan bayi anda dapat berkembang dengan selamat:

  • Jauhkan benda berbahaya

Benda bahaya seperti objek tajam, ubat, barangan elektrik, bahan pewangi dan lain-lain. Pastikan barangan tersebut di letakkan di tempat yang selamat dan jauh daripada bayi anda mudah untuk mengambilnya dan masukkannya ke dalam mulut.

  • Pastikan benda yang masuk ke mulut bayi adalah bersih

Bayi mudah untuk mengambil benda yang terdekat dengan mereka. Pelbagai alat permainan yang selamat untuk bayi bermain. Anda hendaklah permainan yang diberi dalam keadaan bersih dan selamat.

  • Pastikan tangan dan kaki bayi bersih

Selain daripada alat permainan atau benda yang berada dipersekitarannya, bayi juga biasa memasukkan tangan dan kakinya ke dalam mulut. Ibu bapa perlu pastikan tangan dan kaki bayi dalam keadaan bersih supaya kuman-kuman tidak masuk ke dalam tubuh bayi.  

  • Cuba alihkan perhatian bayi

Jika bayi mula mengigit atau memasukkan benda ke dalam mulutnya, cuba alihkan perhatian bayi anda seperti ajak bayi bermain bersama, ajak bayi berjalan keluar dan lain-lain.

  • Mula memberi makanan yang lebih pejal kepada bayi

Anda boleh mula memberi makanan yang lebih pejal kepada bayi anda seperti sayuran yang direbus atau buah-buahan yang lembut bagi memudahkan bayi untuk merasai tekstur bentuk dan rasa setiap makanan yang dipegang.

Walaupun memasukkan benda ke dalam mulut adalah perkara yang baik bagi perkembangan bayi, namun jika ibu bapa tidak awasi mereka ini boleh menyebabkan bayi anda tercekik dan terkena jangkitan yang boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.

Sebab Bayi Sering Masukkan Benda Ke Mulut 1