Snek Mudah Untuk Penggemar Coklat!

Setiap kali bicara soal coklat pasti ramai yang menganggap coklat itu adalah makanan yang menggemukkan badan. Ramai yang tidak tahu coklat itu mengandungi kebaikan dan khasiat yang baik untuk tubuh anda. Ayuh ikuti resipi snek mudah untuk penggemar coklat.

Truffle coklat gelap dan mentega kacang

Bahan-bahan:

  • 2/3 cawan oat
  • 3 sudu besar mentega kacang
  • 2 sudu kismis
  • ¼ cawan coklat gelap tanpa susu (dipotong kasar)
  • 1 sudu besar kuaci

Cara Penyedian:

  1. Kisarkan kismis dan kuaci di dalam pemproses makanan atau pengisar sehingga menjadi kepingan kecil.
  2. Tambah oat, coklat, dan mentega kacang ke dalam pengisar dan kacau sehingga sebati.
  3. Tutup suis pengisar dan mula bentukkan ramuan menjadi bebola bersaiz 1 inci dengan menggunakan tangan.
  4. Letakkan bebola coklat yang sudah siap dibentuk didalam peti sejuk selama 15 minit.
  5. Nikmati snek truffle coklat gelap dan mentega kacang!
Snek Mudah Untuk Penggemar Coklat! 1

Dengan ikuti resipi ini, anda akan mendapat banyak khasiat daripadanya seperti meningkatkan kadar kesihatan jantung, hilangkan stress dan melancarkan peraliran darah. Anda boleh makan snek ini bersama keluarga anda pada bila-bila masa. Selamat mencuba.

Snek Mudah Untuk Penggemar Coklat! 2