Solat Jamak dan Solat Qasar. Cara Yang Betul Melakukannya.

Solat-Jamak-Solat-Qasar

Pendahuluan

Ramai yang masih keliru tentang cara yang betul melakukan Solat Jamak. Berikut adalah panduan dan cara solat jamak qasar melalui sumber UnisZa. Anda boleh download fail dalam bentuk PDF untuk simpanan anda sendiri di sini.

SOLAT JAMAK

Menghimpunkan dua solat fardhu ke dalam satu waktu solat. Solat yang boleh dijamakkan ialah:
i. Zohor dengan Asar, dan
ii. Maghrib dengan Isyak.

Solat Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

Jamak Takdim

i. Solat Fardhu Zohor dihimpunkan bersama Solat Fardhu Asar dalam waktu Zohor. Solat Fardhu Maghrib dihimpunkan bersama Solat Fardhu Isyak dalam waktu Maghrib.

ii. Syarat Sah Jamak Takdim ialah :

  • Hendaklah dikerjakan dengan tertib iaitu mendahulukan solat fardhu yang pertama diikuti solat fardhu yang kedua. Contohnya, solat Fardhu Maghrib kemudian diikuti dengan solat Fardhu Isyak.
  • Berniat menjamakkan solat ketika mengerjakan solat fardhu yang pertama.
  • Mengerjakan kedua-dua solat secara berturut-turut tanpa diselangi dengan solat sunat atau lain-lain perbuatan kecuali mengambil wuduk.

Jamak Ta’khir

i. Solat Fardhu Zohor dihimpunkan bersama Solat Fardhu Asar dalam waktu Asar. Solat Fardhu Maghrib dihimpunkan bersama Solat Fardhu Isyak dalam waktu Isyak.

ii. Syarat Sah Jamak Takhir ialah :

  • Berniat dalam waktu solat fardhu yang pertama untuk menangguhkan solat fardhu yang pertama tersebut ke dalam solat fardhu waktu kedua.
  • Masih bermusafir sehingga selesai melaksanakan kedua-dua solat.

iii. Nota tambahan

  • Mengerjakan Jamak Ta’khir tidak perlu mendahulukan solat fardhu yang pertama, iaitu boleh mengerjakan solat fardhu kedua terlebih dahulu.
  • Jarak antara dua solat fardhu dalam Jamak Ta’khir tidak semestinya berturut-turut, iaitu boleh diselangi dengan masa yang panjang.
  • Para musafir yang tidak mengetahui syarat sah solat jamak ini hendaklah mengerjakan solat pada setiap waktu solat fardhu tersebut.

SOLAT QASAR

Memendekkan solat yang empat rakaat menjadi dua rakaat. Oleh itu, solat yang boleh diqasarkan ialah Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

i. Syarat Sah Solat Qasar ialah :

  • Mengetahui tempat yang hendak dituju dan perjalanan tersebut bukan kerana maksiat.
  • Perjalanan itu melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
  • Berniat solat qasar ketika takbiratul ihram.
  • Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna.
  • Boleh berniat solat qasar ketika mengqada’kan solat-solat yang ditinggalkan semasa musafir.
  • Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya.

ii. Nota tambahan

  • Orang yang mengerjakan solat sempurna boleh berimamkan orang yang solat qasar.
  • Para musafir yang tidak mengetahui syarat sah solat jamak ini hendaklah mengerjakan solat pada setiap waktu solat fardhu tersebut.

Cara Solat Jamak dan Qasar

1. SOLAT QASAR

Lafaz Niat Solat Qasar (Contoh: Solat Zohor)

Solat Jamak dan Solat Qasar. Cara Yang Betul Melakukannya. 1

2. SOLAT JAMAK

Para musafir boleh melakukan di antara satu yang berikut:

i. Menjamakkan dua solat fardhu tanpa diqasarkan. Kedua-dua solat fardhu dikerjakan dengan jumlah rakaat yang sempurna.

ii. Menjamakkan dua solat fardhu dan diqasarkan. Kedua-dua solat dikerjakan sebanyak 2 rakaat kecuali bagi solat Maghrib.

3. SOLAT JAMAK DAN QASAR (JAMAK TAKDIM)

i. Lafaz niat Solat Fardhu Zohor dan Solat Fardhu Asar

Berniat mengerjakan solat Fardhu Zohor seperti berikut:

Solat Jamak dan Solat Qasar. Cara Yang Betul Melakukannya. 2

Sejurus selepas memberi salam, berdiri semula dan berniat untuk mengerjakan solat Fardhu Asar seperti berikut:

Solat Jamak dan Solat Qasar. Cara Yang Betul Melakukannya. 3

ii. Lafaz niat Solat Fardhu Maghrib dan Solat Fardhu Isyak

Berniat mengerjakan solat Fardhu Maghrib seperti berikut:

Solat Jamak dan Solat Qasar. Cara Yang Betul Melakukannya. 4

Sejurus selepas memberi salam, berdiri semula dan berniat untuk mengerjakan solat Fardhu Isyak seperti berikut:

Solat Jamak dan Solat Qasar. Cara Yang Betul Melakukannya. 5

4. SOLAT JAMAK DAN QASAR (JAMAK TA’KHIR)

i. Lafaz niat Solat Fardhu Zohor dan Solat Fardhu Asar

Berniat mengerjakan solat Fardhu Zohor seperti berikut:

Solat Jamak dan Solat Qasar. Cara Yang Betul Melakukannya. 6

Sejurus selepas memberi salam, berdiri semula dan berniat mengerjakan solat Fardhu Asar seperti berikut:

Solat Jamak dan Solat Qasar. Cara Yang Betul Melakukannya. 7

ii. Lafaz niat Solat Fardhu Maghrib dan Solat Fardhu Isyak

Berniat mengerjakan solat Fardhu Maghrib seperti berikut:

Solat Jamak dan Solat Qasar. Cara Yang Betul Melakukannya. 8

Sejurus selepas memberi salam, berdiri semula dan berniat mengerjakan solat Fardhu Isyak seperti berikut:

Solat Jamak dan Solat Qasar. Cara Yang Betul Melakukannya. 9

Semoga anda dapat menunaikan solat jamak dan solat qasar dengan sempurna. Satu lagi, anda kene tahu adakah anda dalam golongan musafir untuk buat solat jamak dan qasar ini? Jika anda bukan musafir, anda tidak layak untuk solat jamak atau qasar. Lakukan seperti solat biasa.