Sup Rumpai Laut Ketika Berpantang

Tahukah anda di negara Jepun dan Selatan Korea, mereka mengamalkan sup rumpai laut ketika berpantang? Sup rumpai laut dikatakan dapat membersihkan badan, ‘mencuci’ darah dan membantu penghasilan susu ibu. Terdapat sesetengah pendapat di Malaysia mengatakan rumpai laut ini tidak sesuai ketika sewaktu berpantang kerana sejuk

Sup rumpai laut (miyeok guk) adalah sup daripada rumpai laut (brown seaweed) Undaria pinnatifida atau di Jepun ia dikenali sebagai Wakame. Sup ini juga lazimnya dimasukkan sekali dengan bahan lain seperti protein (contohnya daging lembu, makanan laut – kerang atau udang, atau tuna tinned) bersama dengan perasa ringan (garam, kicap, bawang putih dan minyak bijan).

Bahan – bahan:

15g Rumpai laut kering (Miyeok/Wakame)

120g Daging lembu dipotong kecil (apa sahaja bahan)

1 1/2 Sudu makan kicap soya

Advertisement

1 Sudu makan minyak bijan

1 Sudu teh bawang putih dicincang halus

5 cawan air

Sedikit lada hitam

Secubit garam (mengikut selera masing – masing)

Cara penyediaan:-

  • Rendam rumpai laut dalam air biasa/ air suam sehingga lembut. Tapis keluar air rendaman dan asingkan
  • Potong rumpai laut mengikut kesukaan
  • Gaulkan dan ratakan daging(atau apa sahaja bahan anda) bersama garam dan lada hitam
  • Panaskan periuk di atas dapur, masukkan minyak bijan bersama daging tadi
  • Masak daging tadi sehingga separuh masak dan kemudian masukkan kicap soya, bawang putih yang dicincang halus dan air.
  • Tutup periuk dan masak sehingga mendidih dan daging masak dengan elok
  • Tambah garam mengikut citarasa tersendiri

Hidangkan sup rumpai laut bersama nasi

Selamat Mencuba !