Tanda Awal Kehamilan

Tanda awal kehamilan atau simpton kehamilan kebanyakkannya tidak bersifat spesifik. Anda disarankan untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian tentang kehamilan anda.

#1 Kekejangan. Kekajangan berlaku semasa hamil adalah normal. Terutamanya pada bahagian betis atau kaki mungkin dialami oleh ibu hamil pada trimester pertama, dan kadangkala pada peringkat akhir kehamilan.

#2 Perubahan mood. Emosi ibu hamil tidak stabil. Anda senang untuk dapat kemurungan, keresahan atau kegembiraan yang berlebihan dan cuba elakkan stress dan lalukan perkara yang menggembirakan hati anda.

#3 Perut kembung. Perubahan hormon menyebabkan proses penghadaman menjadi perlahan. Biasanya berlaku selepas makan.

#4 Pedih ulu hati. Perubahan hormon dan fizikal dalam badan boleh menyebabkan pedih ulu hati. Ia terjadi apabila asid perut naik ke bahagian esofagus menyebabkan anda rasa panas dan pedih seperti terbakar di bahagian bawah tekak sehingga ke bahagian bawah tulang dada.

#5 Perubahan cita rasa makanan (mengidam). Anda mungkin tidak lagi suka makanan atau minuman kegemaran anda dan mula mengidam benda-benda yang biasanya anda tidak suka.

Advertisement

#6 Tidak datang haid. Tidak datang haid merupakan tanda kehamilan yang paling awal jika kitaran haid anda teratur setiap bulan.

#7 Pendarahan ringan. Berlaku sedikit pendarahan yang disebabkan oleh proses penempelan bayi di dalam rahim.

#8 UPT positif. Hormon human chorionic ganodotropin (hCG) merupakan hormon yang terhasil semasa mengandung. Alat ujian kehamilan (UPT) akan mengesan hormon hCG yang meningkat pada awal kehamilan. Ujian menjadai positif apabila hormon hCG cukup dalam darah atau air kencing.

#9 Morning sickness. Morning sickness atau mabuk mengandung berbeza antara wanita hamil. Alahan bukan hanya pada waktu pagi, malah ada yang sepanjang hari. Biasanya alahan akan tamat apabila memasuki trimester ke-dua.

#10 Hiperemesis gravidarum. Hiperemesis gravidarum (HG) merupakan muntah berlebihan yang teruk semasa hamil. Anda akan muntah setiap kali makan dan minu. Keadaan itu boleh mengakibatkan penurunan berta badan dan dehidrasi.

#11 Pening kepala. Perubahan pada isi padu darah wanita boleh menyebabkan tekanan darah rendah.

#12 Kelesuan. Peningkatan hormon progestron akan membuatkan anda mudah untuk berasa letih dan mengantuk.

#13 Kerap kencing. Anda akan lebih kerap buang air kecil kerana rahim (uterus) anda telah membesar dan menekan undi kencing anda. Ia akan berkurangan apabila rahim mula naik ke dalam abdomen pada akhir trimester pertama.

#Perubahan pada payudara. Payudara dan puting anda akan menjadi lebih besar dan berasa sakit jikalau tersentuh. Urat biru pada payudara mungkin lebih menonjol dan areola (puting) akan menjadi lebih gelap.

#15 Sensitif pada bau. Kajian membuktikan bahawa ibu hamil lebih sensitif terhadap bau terutamanya pada awal kehamilan.

Weight gain during the first three months should be between 0. viagra malaysia 5 kg.