Tanpa kita sedari tekanan yang dilalui oleh ibu bapa yang sering bergaduh atau yang mengalami perceraian, secara tidak langsung kanak-kanak yang masih belum boleh berfikir secara waras turut terkesan. Kesan dari gangguan emosi tersebut, kanak-kanak ini akan mudah menjadi marah, berdendam, memberontak malah mampu mencederakan diri sendiri.
Sebagai ibu bapa atau penjaga harus prihatin dengan perubahan kanak-kanak ini sebelum ia berlarutan sehingga mereka dewasa. Tanda kanak-kanak mengalami trauma dan gangguan emosi adalah seperti berikut:
- Gangguan tidur
- Pencapaian akademik semakin merosot
- Sukar dikawal atau dinasihati
- Lebih suka mendiamkan diri dan dapat lihat menjadi murung
- Proses perkembangan fizikal tidak seiring dengan usia
- Hilang selera makan, bersendiri atau melakukan perkara yang luar kebiasaanya
- Meletakkan kesalahannya kepada orang lain
- Sering keliru dan merasakan orang tua lebih mementingkan diri
Jika kanak-kanak memperlihatkan tanda-tanda di atas, tindakan seperti berjumpa dengan pakar kaunseling dan terapi, meminta sokongan dari ibu bapa atau adik-beradik untuk membantu, sentiasa berada di sisi kanak-kanak tersebut untuk membuktikan mereka tidak keseorangan dan sibukkan kanak-kanak dengan aktiviti riadah agar mereka lupa dan dalam masa yang sama dapat megurangkan tekanan dapat membantu.
