Tanda – Tanda Kanak – Kanak Mengalami Trauma Dan Gangguan Emosi

7 years old Asian boy is feeling sad

Tanpa kita sedari tekanan yang dilalui oleh ibu bapa yang sering bergaduh atau yang mengalami perceraian, secara tidak langsung kanak-kanak yang masih belum boleh berfikir secara waras turut terkesan. Kesan dari gangguan emosi tersebut, kanak-kanak ini akan mudah menjadi marah, berdendam, memberontak malah mampu mencederakan diri sendiri.

Sebagai ibu bapa atau penjaga harus prihatin dengan perubahan kanak-kanak ini sebelum ia berlarutan sehingga mereka dewasa. Tanda- tanda kanak-kanak mengalami trauma dan gangguan emosi adalah seperti berikut:

  • Gangguan tidur
  • Pencapaian akademik semakin merosot
  • Sukar dikawal atau dinasihati
  • Lebih suka mendiamkan diri dan dapat lihat menjadi murung
  • Proses perkembangan fizikal tidak seiring dengan usia
  • Hilang selera makan, bersendiri atau melakukan perkara yang luar kebiasaanya
  • Meletakkan kesalahannya kepada orang lain
  • Sering keliru dan merasakan orang tua lebih mementingkan diri

Jika kanak-kanak mempamerkan tanda-tanda di atas, tindakan seperti berjumpa dengan pakar kaunseling dan terapi, meminta sokongan dari ibu bapa atau adik beradik untuk membantu, sentiasa berada di sisi kanak-kanak tersebut untuk membuktikan mereka tidak keseorangan dan sibukkan kanak-kanak dengan aktiviti riadah agar mereka lupa dan dalam masa yang sama dapat megurangkan tekanan dapat membantu.

Tanda - Tanda Kanak - Kanak Mengalami Trauma Dan Gangguan Emosi 1