Tips Bagi Mengurangkan Risiko Kanser

Salah satu musuh kepada kanser adalah diri anda sendiri, gaya hidup yang tidak sihat juga akan mendorong anda untuk mendapat kanser. Pada zaman kini, terdapat pelbagai makanan yang kurang berkhasiat untuk tubuh badan anda. Kanser boleh terjadi pada semua peringkat usia sama ada kanak-kanak atau orang dewasa.

Melalui artikel ini, ketahui beberapa tips dalam mengurangkan risiko kanser:

  • Ambil makanan dengan jumlah antioksidan yang tinggi.
  • Elakkan makanan yang diproses dan dibakar.
  • Jangan memanaskan minyak masak di atas dapur terlalu lama.
  • Masak makanan pada suhu yang lebih rendah untuk mengelakkan masakan anda menjadi terlebih masak.
  • Elakkan makanan dengan gula tambahan.
  • Jangan makan makanan yang mempunyai kandungan pewarna makanan dan perisa yang banyak.
  • Tambah suplemen herba untuk meningkatkan detoksifikasi.
  • Amalkan senaman ringan atau yoga.
  • Pastikan diri anda sentiasa aktif.
  • Elakkan pemanasan makanan di dalam gelombang mikro.
  • Elakkan penggunaan telefon bimbit dengan jarak terlalu dekat dengan badan anda.
  • Elakkan meletakkan komputer riba di atas pangkuan atau dada anda.

Gaya hidup masa kini, yang menyebabkan peningkatan eksponen dalam pencemaran, kemusnahan lapisan ozon, dan kemajuan dalam teknologi adalah punca utama perkembangan pelbagai jenis kanser. Dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengekalkan tabiat gaya hidup yang baik, anda boleh menjauhkan diri anda daripada kanser. Semoga bermanfaat.

Tips Bagi Mengurangkan Risiko Kanser 1