Tips Cuci Pakaian Semasa Melancong

Perkara yang menjadi masalah setiap kali melancong adalah pakaian. Berapa bilangan pakaian yang perlu dibawa? Adakah pakaian cukup anda sepanjang tempoh percutian? Bagi memudahkan anda membawa pakaian terlalu banyak ketika melancong, anda boleh mencuci pakaian anda sambil melancong. Perkara ini lebih menjimatkan ruang bagasi anda dan sangat berguna. 

Anda boleh cuba tips ini untuk mengetahui tips cuci pakaian semasa melancong dengan mudah:

  • Mengambil servis dobi daripada tempat penginapan

Biasanya, hotel atau tempat penginapan akan sediakan perkhidmatan mencuci pakaian atas kehendak atau keperluan pelanggan sahaja. Biasanya, kos perkhidmatan cuci pakaian di tempat penginapan lebih mahal sedikit dari harga di luar. Cuma, anda tidak perlu pening kepala untuk mencari dobi dan pakaian bersih akan dihantar terus ke bilik.

Tips Cuci Pakaian Semasa Melancong 1
  • Cuci dengan tangan

Cara yang paling mudah bagi menjimatkan wang anda adalah dengan mencuci pakaian dengan tangan. Biasanya hotel tidak sediakan baldi di dalam bilik air. Jadi, anda boleh menggunakan sinki atau tab mandi untuk mencuci. Penuhkan air di dalam sinki, baldi atau tab mandi dan masukkan sabun pencuci.

Seterusnya, rendam pakaian kotor anda di dalam air sabun tadi dan sental pakaian tersebut. Rendam dalam linkungan masa 5-7 minit mengikut kuantiti baju yang anda cuci. Untuk langkah berjaga-jaga, jika anda mempunyai baju putih, sila basuh secara asing bagi mengelakkan baju anda bercampur warna.

Setelah selesai mencuci, buang air sabun dan bilas pakaian anda tadi dengan air paip yang bersih satu per satu sehingga sabun pada pakaian anda hilang. Pastikan anda memerah pakaian anda sebaik mungkin bagi memudahkan proses pengeringan pakaian anda. Jemurlah pakaian yang telah diperah atdi di tempat yang sepatutnya.  

Advertisement
Tips Cuci Pakaian Semasa Melancong 2
  • Gunakan “scrubba wash bag”

Selain basuh baju dengan menggunakan tangan dan jemur di dalam bilik air, anda boleh cuba menggunakan “scrubba wash bag”. Walau bagaimanapun, kos bag ini agak mahal tetapi bag ini sangat berguna buat anda kerana ia memudahkan anda daripada anda perlu ke kedai dobi. Bag ini juga anda boleh digunakan untuk meletak pakaian yang kotor, setidaknya ia tidak akan bercampur dengan pakaian yang bersih. Anda hanya perlu masukkan sabun dan cuci seperti biasa.

Tips diatas sangat berkesan bagi mereka yang gemar melancong ke banyak tempat menarik dan bagi mereka yang mahu meminimumkan kuantiti pakaian yang perlu dibawa. Semoga bermanfaat dan selamat melancong.