Tips Dapatkan Tiket Penerbangan Murah

Negara yang melalui musim sejuk, luruh dan bunga pasti akan dipenuhi dengan pengunjung dari serata dunia sebagai destinasi perlancongan termasuklah rakyat Malaysia sendiri. Namun masih lagi pelancong yang mengamalkan membeli tiket penerbangan secara terburu-buru atau lastminute. Mari ketahui beberapa tips yang dapat membantu anda sebelum membeli tiket penerbangan.

  • Sudah merancang atau setidak-tidaknya mempunyai destinasi idea yang hendak dituju. Membuat pencarian sebelum membuat keputusan terutamanya mengetahui airport mana yang perlu dituju. Ini kerana di dalam satu negara mempunyai lebih dari satu airport.
  • Tempah tiket penerbangan pada hari Selasa untuk penerbangan domestik dan hari Rabu untuk penerbangan antarabangsa
  • Tiket domestik akan lebih murah jika tempahan dibuat beberapa minggu lebih awal dari tarikh penerbangan
  • Untuk penerbangan antarabangsa, cuba untuk membuat tempahan seawal 6 bulan sebelum tarikh penerbangan
  • Log masuk mana-mana syarikat penerbangan untuk mendapatkan notifikasi jika ada promosi untuk tiket penerbangan destinasi anda.
  • Sentiasa buat semakan harga tiket kapal terbang untuk semua jenis syarikat kapal terbang. Jangan mudah tertipu jika jumpa harga yang lebih murah ini kerana mungkin musim di sana ketika anda pergi melancong kemungkinan bukan musim yang anda ingini. Oleh itu, lakukan pencarian sebelum membeli tiket penerbangan.
  • Melawat Matta fair destinasi percutian anda. Ini kerana syarikat-syarikat akan menawarkan promosi perlancongan yang menarik seperti harga tiket kapal terbang yang berbaloi termasuk tiket kenderaan awam yang boleh digunakan atau pakej melawat tempat-tempat menarik untuk destinasi yang hendak dituju.
Tips Dapatkan Tiket Penerbangan Murah 1
Beautiful aerial view from airplane wing on white cloud and sky at sunset or sunrise time