Tips Didik Anak Rajin Solat

Solat adalah salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Allah, maka sekiranya ia di ajarkan kepada anak anda sejak kecil, maka ikatan anak anda dengan Allah akan menjadi lebih kuat dalam diri mereka. Ibu bapa boleh praktikkan tips dibawah untuk mendidik anak rajin solat:

  1. Ajak anak ke masjid supaya mereka dapat praktis dan melihat bagaimana orang lain solat sambil ikut imam.
  2. Minta anak-anak azan dan iqamah. Perdengarkan bacaan azan dan iqamah jelaskan kisah azan dan kenapa pentingnya azan dalam ibadah solat.
  3. Ajar anak cara wudhu’ yang betul dengan tampalkan cara mengambil wudhu’ bergambar di setiap bilik air supaya mudah anak mengikutinya. Cara mendidik anak solat bermula dengan wudhu’. Bila wudhu’ sempurna, barulah solat juga sempurna.
  4. Perbetulkan bacaan dan pergerakan solat anak-anak. Setiap kali solat, jika tepandang silap anak, tegur mereka selepas sesi berdoa.
  5. Memberi pujian dan galakkan kepada mereka supaya mereka rasa dihargai. Beritahu mereka bahawa anda bangga dan bersyukur mendapat anak seperti mereka.
  6. Ajak anak solat berjemaah, jika tidak ke surau atau masjid, apabila hujung minggu, ambil peluang untuk berjemaah bersama-sama keluarga anda.
  7. Sediakan kelengkapan solat seperti telekung untuk anak perempuan anda dan kopiah untuk anak lelaki anda. Ini dapat mendorong mereka untuk lebih bersemangat untuk solat setiap hari.
  8. Sentiasa doakan anak-anak supaya mereka menjadi anak yang soleh dan solehah yang cintakan solat.
Tips Didik Anak Rajin Solat 1

Usaha mengajar dan cara mendidik anak solat bermula dari kecil. Pada usia kecil, kita kena terapkan betapa pentingnya solat dalam diri anak anda. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam. Semoga bermanfaat!