Tips Elak Anak Cedera Ketika Di Taman Permainan

Happy little girl swinging on playground area

Ketika beriadah di taman permainan, membenarkan kanak-kanak bermain di dalam buaian adalah pilihan ibu bapa yang selamat berbanding permainan yang lain. Namun, tidak semestinya kemalangan tidak boleh berlaku.

Mari mengamalkan beberapa tips yang dapat membantu ibu bapa sebelum meletak kanak-kanak di dalam buaian.

  • Memeriksa keadaan buaian terlebih dahulu. Pastikan buaian itu kukuh dan tidak memiliki bucu yang tajam ataupun serpihan berbahaya yang mungkin tertinggal.
  • Bagi kanak-kanak yang masih kecil digalakkan mengunakan buaian yang mempunyai tempat duduk yang mempunyai penghadang disekelilingnya yang membolehkan kanak-kanak bersandar.
  • Ingatkan kanak-kanak supaya memegang erat buaian ketika berayun dan dalam keadan duduk. Tindakan berdiri atau mencangkung boleh mengakibatkan kanak-kanak terjatuh dengan mudah
  • Pastikan buaian itu benar-benar berhenti sebelum kanak-kanak turun.
  • Lazimnya, buaian hanya dapat menampung berat seorang sahaja di satu buaian. Elakkan dari duduk berdua.
  • Hadkan kelajuan buaian itu berayun kerana amatlah berbahaya jika anak-anak lalai dan terlepas pegangan tangannya di tali buaian boleh mengakibatkan terlambung kehadapan.
  • Tidak leka dan sentiasa pantau kanak-kanak bermain, selain bimbang tercedera kehadiran anda dapat mengelakkan kes penculikan berlaku
Tips Elak Anak Cedera Ketika Di Taman Permainan 1
Image of joyful friends having fun on carousel outdoors