Tips Keselamatan Tempat Tidur Bayi

Ibu bapa hendaklah peka dengan posisi tidur bayi anda dari usia kecil lagi. Ibu bapa hendaklah kenal pasti rutin waktu tidur bayi anda, setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur yang tersendiri dan pastikan keselamatan katil bayi anda selamat.

Bayi yang baru lahir kebanyakkanya akan tidur 16 ke 20 jam sehari dan berjaga apabila tiba waktu menyusu sahaja. Ibu perlulah mengenal pasti waktu tidur bayi dan jika bayi tidur terlalu lama ibu perlulah mengejutkan bayi untuk menyusu.

Menurut American Academy of Paediatrics, posisi tidur secara meniarap atau mengiring adalah tidak sihat untuk bayi. Posisi tidur yang sihat adalah secara terlentang. Ini kerana kurang daripada 50% setelah mereka cadangkan posisi ini dapat megurangkan kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS).

Tips keselamatan tempat tidur bayi:

  • Elakkan bayi daripada berkongsi katil dengan orang lain kerana ini akan membahayakan bayi dan mengehadkan bayi untuk bergerak.
  • Sebaik-baiknya tempatkan katil bayi berdekatan dengan katil ibu untuk memudahkan penyusuan susu ibu.
  • Jika anda ingin menyusukan bayi di atad katil, pastikan bayi tidak ditidurkan dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut, rata di tengah katil bagi mengelakkan bayi terjatuh.
  • Katil anda perlu dijauhkan dari dinding atau perabot untuk memastikan bayi tidak mudah tersepit.
  • Bila ibu bapa berkongsi tempat tidur dengan bayi, pastikan yang ruang bilik tersebut bebas daripada asap rokok. Pastikan pengudaraan dan pencahayaan dalam bilik dalam keadaan baik.
  • Pastikan barangan elektrik diletakkan jauh daripada katil bayi bagi mengelakkan bayi bermain-main dengan wayar elektrik yang berdekatan.
  • Ibu bapa hendaklah menggunakan tilam bayi yang lembut. Pastikan sebelum meletakkan bayi sebelum tidur, tiada alat permainan yang tajam diatas tilam.
  • Penggunaan selimut yang tidak terlalu tebal yang selamat untuk bayi bergantung atas suhu bilik anda.

Akhir sekali, untuk pengetahuan anda bayi sepatutnya tidur terlentang dan juga boleh ditiarapkan ketika keadaan jaga untuk menggalakkan perkembangan otot, mata dan mengelakkan belakang kepala bayi menjadi rata. Ibu bapa perlu sentiasa awasi posisi tidur bayi dari masa ke semasa supaya perkembangan bayi anda tidak terganggu.

Tips Keselamatan Tempat Tidur Bayi 1