Tips Memilih Kasut Bayi

Kasut bukan sekadar penyeri buat si manja, keselesaan dan fungsi kasut itu sendiri juga memainkan peranan sangat penting. Namun, ianya dianggap mudah dalam kalangan ibu bapa. Apabila anak anda sudah mampu berdiri atau berjalan sudah pasti ibu bapa akan teruja untuk memakaikan mereka kasut.

Bilakah masa yang sesuai untuk anda membeli dan memakai kasut kepada si manja?

Anda boleh mula membeli dan memakaikan kasut  apabila anak anda  telah mencapai usia 12 bulan atau apabila anak anda sudah mampu berdiri atau berjalan dengan sendiri. Jika anak anda masih tidak boleh berjalan, pastikan anda melindungi kaki anak anda dengan pelapik tangan dan kaki atau stokin.

Terdapat beberapa tips dalam memilih kasut bayi yang ibu bapa perlu tahu:  

  • Saiz yang sesuai.

Elakkan membeli kasut yang terlalu kecil atau ketat yang mana akan menyebabkan kaki si kecil membengkok dan tidak membesar. Namun, elakkan juga membeli kasut yang terlalu besar kerana ramai yang berfikiran beli kasut besar lebih jimat kerana kaki akan membesar. Hal ini akan menyebabkan anak anda tidak selesa dan mudah jatuh tersungkur seterusnya akan menyebabkan proses pembelajaran berjalan akan tersekat.

  • Keselesaan.

Dari aspek keselesaan, anda hendaklah memilih kasut yang bahagian dalamnya mempunyai pengalas lembut yang mana dapat menyerap hentakan semasa bayi berjalan mahupun berlari di atas permukaan yang keras.

Advertisement
  • Ukuran panjang kaki anak anda.

Ukur panjang kaki anak anda dari tumit hingga hujung jari terpanjang di tambah dengan satu ruas jari orang dewasa. Hal ini kerana kaki kanak-kanak akan berubah dari semasa ke semasa kerana bayi membesar dan risiko melecet dapat dielakkan. Kaki bayi perlu di ukur beberapa kali dalam masa setahun. Kebiasaannya, ukur kasut ketika si kecil dalam keadaan berdiri dan memakai stoking atau sarung kaki. Kebanyakkannya, kaki kanan dan kiri manusia tidak sama besar. Pilih kasut mengikut ukuran kaki yang lebih besar.

  • Jenis kasut

Pilihlah kasut yang diperbuat daripada bahan yang lembut dan fleksibel untuk si bayi. Kasut yang diperbuat daripada rekaan kulit mudah lentur adalah yang terbaik. Elakkan kasut yang keras kerana bayi berisiko tinggi dalam perkembangan tulang. Ketika ini bayi sangat aktif, oleh itu kasut bertali sangat tidak sesuai dikhuatiri tali terlepas ikatannya. Jika anak anda perempuan, elakkan membeli kasut bertumit tinggi kerana kaki si kecil akan cenderung ke depan.

  • Material kasut yang baik

Pastikan material yang dipilih boleh membuatkan kulit bayi bernafas supaya kakinya tidak berpeluh dan ditumbuhi ruam. Pastikan ianya juga tidak berat kerana jika berat ada sesetengah bayi akan lebih cenderung untuk tidak mahu berjalan. Tambahan pula, elakkan membeli tapak yang flat licin atau flat tetapi beli kasut yang ada garis-garis di tapaknya supaya si kecil tidak mudah tergelincir.

Kesimpulannya, kasut sangat penting untuk pembentukan otot dan tulang kaki si bayi yang mana masih lagi sensitif. Elakkan membeli kasut hanya kerana ianya cantik sehingga kaki anak anda melecet. Hal ini akan memberi impak terhadap anak anda untuk tidak mahu berjalan. Semoga bermanfaat.

Tips Memilih Kasut Bayi 1